fbpx
Now Reading
Islamofobia: Malaysia Kesal Diskriminasi & Kebencian Kepada Penganut Islam Terus Meningkat – Zambry Abd. Kadir
trend islamofobia semakin meningkat

Islamofobia: Malaysia Kesal Diskriminasi & Kebencian Kepada Penganut Islam Terus Meningkat – Zambry Abd. Kadir

Menurut Zambry, sikap negatif seperti Islamofobia yang ditunjukkan segelintir masyarakat itu telah menyekat hak kebebasan kepada mereka yang beragama Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Islamofobia merupakan satu gabungan perkataan yang berasal daripada Islam dan fobia.

Untuk mudah difahami Islamofobia ini berlaku kepada segelintir pihak yang mempunyai perasaan takut kepada Islam.

Oleh itu, mereka yang mempunyai perasaan ini bertindak untuk menyebarkan kebencian, hinaan serta perkara yang tidak sepatutnya kepada agama berkenaan.

Perkara ini boleh dilihat berlaku berleluasa di negara-negara luar yang juga menjadikan penganut agama berkenaan sebagai musuh sehingga ada yang mengancam nyawa mereka.

Menteri Luar Negeri luah rasa sedih dengan peningkatan Islamofobia

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir baru-baru ini menzahirkan rasa sedih memandangkan terdapat lagi kes muslim di beberapa negara yang dihalang daripada mengamalkan ajaran agama Islam.

Memetik laporan Kosmo, Zambry dalam satu kenyataan sempena meraikan Hari Antarabangsa Memerangi Islamofobia yang disambut setiap 15 Mac berkata, au sikap negatif yang ditunjukkan itu secara tidak langsung telah menyekat hak kebebasan bagi penganut agama Islam

“Malaysia amat kesal kerana perasaan syak wasangaka, diskriminasi dan sikap kebencian terhadap penganut Islam sejagat telah dilapor meningkatkan kepada kadar ‘wabak’.

“Islam ialah agama yang berlandaskan keamanan dengan ajarannya menggalakkan penerimaan harmoni kepelbagaian komuniti sejagat.

“Manifestasi tindakan Islamofobia pula boleh menjurus ke arah ekstremisme dan agenda itu seterusnya dibimbangi mampu menjejas usaha keamanan warga dunia,” ujar beliau.

Perlu cari cara untuk atasi isu & sikap menyumbang kepada Islamofobia

Oleh itu, beliau menegaskan bahawa masyarakat global hendaklah melihat isu seperti Islamofobia melangkaui retorik selain perlu mengenal pasti cara atau langkah dalam mengatasi masalah ini dan sikap yang boleh menyumbang kepada perkara tersebut.

“Kejayaan negara ini dalam memupuk keharmonian dan diperkukuhkan lagi menerusi konsep Malaysia Madani, boleh dijadikan rujukan serta panduan seluruh dunia.

“Malaysia bersedia menyumbang kepada usaha efektif membanteras Islamofobia dan segala perlakuan kebencian terhadap para penganut agama yang lain,” jelas Zambry.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.