fbpx
JAWI minta penceramah di wilayah persekutuan ada tauliah

Masjid & Surau Perlu Pastikan Penceramah Jemputan Ada Tauliah Mengajar Islam- JAWI

Menurut Pengarah JAWI itu, mana-mana individu atau institusi boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa jika berlaku sekarang perlanggaran ketetatapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, BuzzKini ada melaporkan tentang pembatalan ceramah dua orang pendakwah terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus serta Ustaz Wadi Annuar di Selangor.

Hal ini kerana, difahamkan kedua penceramah berkenaan tidak mempunyai tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Baca artikel berkaitan: Tiada Tauliah Ajar Agama Islam, JHEAT Minta Ustaz Azhar Idrus Buat Permohonan

Penceramah di Masjid & Surau di Wilayah Persekutuan Perlu ada tauliah dari JAWI

Terbaharu, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut meminta agar masjid dan surau di negeri itu untuk memastikan kesemua penceramah yang dipanggil untuk program pengajian serta pengimarahan memiliki tauliah darinya.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail menyatakan masjid serta surau di negeri berkenaan perlu kekal sebagai zon aman selain bebas dari apa-apa pengaruh dan unsur politik kepartian.

Untuk pastikan masjid dan surau ditadbir dengan efisien & profesional

Menurutnya, masjid dan surau yang berada di negeri berkenaan tertakluk di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

“Ketetapan itu juga tertakluk di bawah Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019, dan pekeliling-pekeliling semasa.

“Ini bagi memastikan institusi terbabit ditadbir secara efisien dan profesional khususnya membabitkan program pengimarahan dan pengajian agama,” ujarnya.

Tindakan boleh dikenakan jika terdapat pelanggaran

Sebarang pelanggaran kepada ketetapan berkenaan boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Katanya lagi, intitusi seperti masjid dan surau sepatutnya menjadi medan pencerahan kepada mereka yang beragama Islam, menyebarkan semangat muhibbah dan juga perpaduan dan tidak menjadi punca kepada sebarang kekeliruan, perbalahan mahupun sengketa yang boleh menjadikan masyarakat berpecah belah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.