Tender Projek Besar Perlu Dianugerah Kepada Syarikat Yang Mempunyai Keupayaan & Rekod Prestasi Baik – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tender bagi kesemua projek besar haruslah dianugerahkan kepada sesebuah syarikat berdasarkan kepada keupayaan dan rekod prestasi syarikat berkenaan.

Menurutnya, ini merupakan prinsip yang menjadi panduan dalam menawarkan tender bagi projek besar dalam negara.

“Dalam mesyuarat dengan jawatankuasa tender yang membuat keputusan berhubung projek-projek besar hari ini, saya beritahu mereka bahawa nama syarikat-syarikat berkenaan tidak seharusnya didedahkan.

“Namakan saja ia syarikat A, B, C. Kita menetapkan bahawa keputusan perlu dibuat berdasarkan kepada kebolehan, rekod prestasi dan keupayaan kewangan,” katanya

Kenyataan itu diberikan oleh Anwar semasa berucap pada Majlis Makan Malam Bersempena Ulang Tahun ke 50 Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) di Kuala Lumpur malam tadi (15 Mac)

Jelas Anwar, sekiranya projek itu membabitkan tender bagi projek-projek seperti Jana Wibawa, ia sepatutnya diberikan kepada syarikat bumiputera menerusi proses pemilihan yang telus.

Penganugerahan tender yang telus penting bagi banteras rasuah

Menurutnya lagi, penganugerahan tender yang telus adalah penting bagi membanteras rasuah dalam negara yang dilabelnya sebagai ‘endemik’.

“Rasuah adalah endemik, sekiranya bukan sistematik dalam negara ini. Perlukan keberanian dan keazaman untuk berubah,” katanya lagi.

Isu membelenggu sektor perumahan boleh ditangani

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata isu dalam sektor perumahan boleh ditangani dengan mengubah proses yang lapuk, memacu dan memudahkan prosesnya.

Kata Ahli Parlimen Tambun itu lagi, masih ada ruang untuk penambahbaikan peraturan-peraturan dalam negara serta kadar kepantasan kelulusan yang diperlukan oleh pemaju.

“Kita telah berbincang dengan semua Menteri Besar, agar Majlis Perbandaran di negeri-negeri dapat membantu dan menyegerakan proses-prosesnya,” ujarnya.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

6 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago