fbpx
Now Reading
“Kami Memerhati” – LHDN ‘Ingatkan’ Influencer & TikTokers Untuk Tampil Laporkan Pendapatan

“Kami Memerhati” – LHDN ‘Ingatkan’ Influencer & TikTokers Untuk Tampil Laporkan Pendapatan

Program SVPD 2.0 ini diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyasarkan 50,000 pembayar cukai akan hadir ke program pengakuan sukarela khas SVPD 2.0 mulai 1 Jun nanti hingga akhir tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Mohd Nizom Sairi berkata antara kumpulan yang diharapkan tampil adalah pemilik perniagaan yang bermula kecil dan telah maju berkembang hingga layak untuk membayar cukai serta mereka yang tidak pernah melaporkan pendapatan.

LHDN turut beri tumpuan pada golongan ‘Influencers’ dan ‘TikTokers’

Tidak terlepas, Mohd Nizom juga memberikan peringatan kepada golongan ‘Influencers’ dan ‘TikTokers’ yang meraih pendapatan lumayan melalui aplikasi media sosial.

“Oleh kerana mereka bergiat secara terbuka di khalayak ramai, kami memerhati, ini sebagai peringatan bukan amaran, bahawa lembaga hasil (LHDN) nampak apa yang berlaku, tampil kehadapan, ini peluang terbaik dalam SVPD 2.0,“ katanya.

Pendapatan golongan pempengaruh itu boleh dinilai secara jelas

Menurutnya lagi, pendapatan golongan pempengaruh itu boleh dinilai secara jelas melalui jumlah pengikut dan tontonan kandungan yang telah dimuat atas atas talian.

LHDN juga telah melaksanakan inisiatif untuk mengadakan sesi libat urus bersama golongan ini bagi memahami dan mendapatkan maklum balas daripada mereka, kata Mohd Nizom.

“Kami sebenarnya ada inisiatif bersama mereka dan dapat maklum balas bentuk pendapatan yang mereka terima, kami telah beri nasihat, untuk tampil dan laporkan pendapatan mereka,” katanya lagi.

Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu membentangkan Belanjawan 2023 mengumumkan program SVPD 2.0 kepada orang ramai.

SVPD 2.0 beri pengampunan ke atas penalti 100% dan bantu menambah hasil kerajaan

Program ini memberi pengampunan ke atas penalti 100% terhadap cukai langsung dan tidak langsung yang tidak dibayar.

Selain itu, ia juga membantu menambah hasil kerajaan selain memberi manfaat kepada pembayar cukai yang ingin memanfaatkan inisiatif tersebut.

Haa jadi kepada siapa-siapa yang layak membayar cukai tapi tak declare dekat LHDN lagi tu, program SVPD 2.0 ini peluang korang dan jangan lepaskan okay!

Ia dijangka bermula dari 1 Jun 2023 hingga 31 Mei 2024.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.