Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, 20 Mac mengumumkan pengurangan kadar kompaun dan saman sehingga 60% sempena Hari Polis Ke-216.
PDRM menerusi satu kenyataan di Facebook berkata, tawaran tersebut akan bermula hari ini sehingga 31 Mac.
Jelasnya orang ramai boleh mendapatkan pengurangan itu menerusi aplikasi MyBayar Saman atau secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara.
“Tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60% tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik.”
Namun menurut PDRM, pengurangan kompaun ini tidak ditawarkan bagi kesalahan:
Kemalangan
Bicara mahkamah
Saman Berstatus Waran
Kenderaan berat
Memotong secara bahaya
Menggunakan lorong kecemasan
Kesalahan tidak boleh dikompaun
Melanggar lampu isyarat
Memotong di garisan berkembar
Pengubahsuaian ekzos
Saman Op Selamat
PDRM bagaimanapun menggalakkan orang ramai yang tidak mahu beratur untuk menjelaskan saman tersebut secara online di MyBayar Saman.