fbpx
Now Reading
Pengeluaran KWSP Akan Jejaskan Dana Pelaburan Negara, Kata PM [Video]

Pengeluaran KWSP Akan Jejaskan Dana Pelaburan Negara, Kata PM [Video]

Tambah Anwar, keputusan kerajaan untuk memberikan RM500 kepada pencarum yang mempunyai simpanan RM10,000 ke bawah juga bukanlah satu keputusan ‘bodoh’ tapi itu adalah untuk membolehkan wang itu dilabur KWSP.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan lebih banyak pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam usaha membantu rakyat.

Tegas Anwar, beliau sebenarnya boleh menjadi lebih popular sekiranya membenarkan pengeluaran tersebut, namun perbuatan itu hanya akan memberi kesan kepada dana pelaburan negara.

Oleh itu, kerajaan perlu mencari jalan dan alternatif lain bagi mengurangkan beban yang dihadapi rakyat ketika ini.

“Saya boleh popular dan membenarkan pengeluaran KWSP, tetapi adakah seorang yang bertanggungjawab boleh berbuat demikian?

“Sebab itu kita kena cari jalan lain dengan menambah bonus, elaun dan bantuan kepada pekebun serta nelayan. Semua ini kita buat untuk meringankan beban rakyat,” katanya sewaktu sesi soal jawab terbuka bersama belia yang diadakan di Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023) di Kuala Lumpur.

RM500 untuk pencarum dengan simpanan bawah RM10k bukan keputusan bodoh

Tambah Ahli Parlimen Tambun itu lagi, keputusan kerajaan untuk memberikan RM500 kepada pencarum yang mempunyai simpanan RM10,000 ke bawah juga bukanlah satu keputusan ‘bodoh’ tapi itu adalah untuk membolehkan wang itu dilabur KWSP.

Ia sekali gus akan memberi dividen dan wang tambahan kepada simpanan persaraan pencarum.

“Sebab itu saya ambil keputusan bagi RM500 kepada mereka yang mempunyai simpanan RM10,000 ke bawah bagi amaun mereka naik sedikit. Pembangkang kat Perdana Menteri ini bodoh. Ini tidak bodoh kerana wang ini akan memberi maanfat, walaupun bukan hari ini, tetapi ketika bersara esok, tiga atau empat tahun.

“Tak ramai sebenarnya yang mendesak, hanya sebilangan kecil, tetapi kerana dijadikan isu politik, ia menjadi besar,” katanya lagi dalam video yang disiarkan secara langsung di Facebook miliknya.

Tegas Anwar, walaupun dana itu tidak dapat dikeluarkan segera, kerajaan sentiasa berusaha membantu rakyat, seperti meningkatkan elaun dan bantuan kewangan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.