fbpx
Now Reading
Peniaga Maut Dipukul Sekumpulan Lelaki Dipercayai Mabuk Di Pusat Hiburan Di Kuala Lumpur
lelaki dipukul hingga maut oleh sekumpulan lelaki

Peniaga Maut Dipukul Sekumpulan Lelaki Dipercayai Mabuk Di Pusat Hiburan Di Kuala Lumpur

Menurut Ketua Polis IPD Wangsa Maju, insiden antara 10 individu berkenaan dengan peniaga itu dipercayai berpunca dari perselisihan faham.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul oleh sekumpulan individu yang terdiri daripada lapan warga tempatan serta dua warga Myanmmar di sebuah pusat hiburan sekitar Kompleks Metro Pudu, Kuala Lumpur pada 18 Mac lalu.

Memetik Kosmo, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah pihaknya telah menerima laporan berhubung kes tersebut sekitar jam 12.30 tengahari pada hari yang sama.

Mangsa dipukul hingga maut alami kecederaan dibahagian kepala

Jelasnya, mangsa seorang peniaga berusia 29 tahun telah dipukul pada jam lebih kurang 5 hingga 7 pagi.

“Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.40 petang pada hari yang sama,” jelasnya.

Kejadian dipercayai kerana salah faham, 10 suspek ditahan

Menurut Ashari , punca insiden itu berlaku dipercayai disebabkan terdapat perselisihan faham antara pihak tersebut bermula dari dalam pusat hiburan berkenaan.

“Perselisihan berterusan di luar pusat hiburan. Namun punca sebenar masih dalam siasatan,” maklumnya.

Bertindak atas maklumat yang diberikan, bermula jam 10.30 malam (18 Mac) hingga 12.15 pagi (19 Mac) sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) serta Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur telah melakukan operasi khas bagi mengesan 10 individu berkenaan.

“Kita berjaya menahan lapan lelaki tempatan berusia di antara 20 hingga 37 tahun dan dua lelaki Myanmar berusia 28 hingga 43 tahun di sekitar Kuala Lumpur.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Bunuh) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati,” ujarnya.

Jelas Ashari, siasatan masih dilakukan serta permohonan reman kepada suspek turut akan dipohon.

Polis minta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil bantu siasatan

Pihak polis dalam masa sama turut mengingatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi serta menimbulkan provokasi mengenai kes tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkannya ke IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-211159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.