fbpx
Now Reading
Berang Tak Dapat Komisen, Bekas Jurujual Mengamuk Guna Keris Dan Cederakan Majikan
lelaki jurujual ugut dan cederakan majikan sebab tak dapat komisen

Berang Tak Dapat Komisen, Bekas Jurujual Mengamuk Guna Keris Dan Cederakan Majikan

Lelaki itu yang didapati positif dadah jenis Eramin 5 turut cuba menjadikan dua pekerja di syarikat yang beroperasi di Kajang itu sebagai tebusan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang juga bekas jurujual kenderaan telah bertindak mengugut serta mencederakan majikannya selepas berang wang komisen hasil jualannya tidak diberikan.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan laporan berhubung insiden yang berlaku di sebuah syarikat jualan kereta di Jalan Semenyih, Kajang telah diterima pihaknya pada jam 10.15 pagi yang dibuat oleh seorang wanita berusia 29 tahun.

Individu acu keris kepada wanita & minta untuk jadi tebusan

Kata Mohd Zaid, insiden pada 18 Mac itu berlaku apabila suspek yang merupakan bekas pekerja di syarikat berkenaan telah datang kepada wanita (pengadu) terbabit sambil mengacukan keris kecil selain turut meminta pengadu untuk menjadi tebusan.

Foto: PDRM

“Suspek juga meminta seorang lagi pekerja jurujual lelaki untuk dijadikan tebusan serta mahu membawa mereka pergi ke lokasi yang tidak pasti.

“Majikan syarikat itu kemudian cuba merampas senjata yang dipegang oleh suspek dan telah berlaku pergelutan,” katanya.

Majikan cuba rampas senjata alami kecederaan seperti luka

Menurutnya, majikan syarikat itu turut mengalami kecederaan seperti luka di bahagian tangan selepas terkena senjata tajam.

Suspek yang berusia 39 tahun itu kemudian ditangkap dan hasil pemeriksaan yang dilakukan kepada suspek menjumpai dadah jenis Eramin 5. Individu itu juga dilaporkan positif dadah jenis dadah yang sama.

“Suspek kemudian telah ditahan reman selama empat hari sehingga 22 Mac.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Kertas siasatan yang lengkap telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan telah diarahkan agar individu itu dituduh mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan jenayah terhadap mangsa dan mencederakan mangsa.

“Suspek juga akan dituduh di bawah Seksyen 12(1) Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki dadah jenis Eramin 5. Suspek akan dituduh pada 21 Mac pada 9 pagi di Mahkamah Majistret Bangi.”

Mohd Zaid dalam masa sama mengingatkan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes tersebut untuk menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau Pegawai Penyiasat kes iaitu Sjn Ahmad Faizal Bin Hasan di talian 019-7691924 untuk membantu siasatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.