fbpx
Now Reading
Bukan Nak ‘Bunuh’ Touch ‘n Go, Tapi Pelbagaikan Cara Pembayaran – Anthony Loke

Bukan Nak ‘Bunuh’ Touch ‘n Go, Tapi Pelbagaikan Cara Pembayaran – Anthony Loke

Dengan pelaksanaan sistem ini, pengguna pengangkutan awam boleh guna menggunakan kaedah pembayaran lain selain Touch ‘n Go untuk membuat pembayaran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengarahkan semua agensi termasuk operator pengangkutan awam di bawah kementerian untuk mengaplikasikan sistem pembayaran terbuka.

Ini termasuk pengangkutan awam di bawah Prasarana dan juga Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Foto: Prasarana

Pelaksanaan sistem ini akan membolehkan orang ramai yang menaiki pengangkutan awam untuk menggunakan sistem pembayaran tambahan selain Touch ‘n Go seperti kad kredit atau debit ketika membuat pembayaran.

Namun Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihak Prasarara dan KTMB memerlukan masa beberapa bulan untuk mengintegrasikan sistem pembayaran terbuka itu.

“Umpamanya kalau guna LRT, sekarang ini hanya dua pilihan iaitu pergi ke mesin layan diri dan beli token atau guna Touch n Go (TnG).

“Jadi kita nak aplikasikan satu sistem pembayaran terbuka yang mana selain TnG, apa juga jenis kad, sama ada kad kredit atau debit, boleh sentuh dan masuk.

“Sistem ini akan kita mulakan tidak lama lagi untuk pengangkutan awam khususnya di bawah Prasarana untuk bas, LRT, Transit Aliran Massa (MRT). Begitu juga KTMB yang sudah diarahkan untuk buat sistem sama,” katanya dipetik dari BH.

Hanya mahu pelbagaikan kaedah pembayaran

Menurut laporan FMT, tindakan ini bagaimanapun bukan berniat untuk menamatkan perkhidmatan Touch ‘n Go, sebaliknya mempelbagaikan kaedah pembayaran kepada pengguna pengangkutan awam.

“Kita bukan nak tamatkan Touch ‘n Go, jangan kata macam kita nak bunuh Touch ‘n Go. Cuma Touch ‘n Go akan jadi salah satu (pembayaran) daripada satu-satunya sekarang,” katanya mengulas kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada Ahad, (19 Mac) berhubung monopoli Touch ‘n Go yang mungkin ditimbang semula.

Tambah Lok, pengguna sebelum ini merungut kerana tiada pilihan lain dalam melakukan pembayaran untuk pengangkutan awam dan lebuh raya.

Perdana menteri juga telah mengarahkan perkara itu dibincangkan dalam Kabinet dan ia memerlukan penyelesaian segera bagi membuka ruang kepada sistem pembayaran lain-lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.