fbpx
Now Reading
Lelaki Tergamak Belasah & Tendang Warga Emas Selepas Terbabit Kemalangan [Video]
Lelaki pukul warga emas

Lelaki Tergamak Belasah & Tendang Warga Emas Selepas Terbabit Kemalangan [Video]

Tindakan lelaki terbabit memukul warga emas yang juga seorang doktor akhirnya memakan diri apabila dia ditahan pihak polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (20 Mac) tular di media sosial video seorang lelaki memukul seorang individu di dalam sebuah kenderaan berwarna silver di hadapan sebuah stesen minyak berdekatan pusat beli belah Ampang Point, Selangor.

Menerusi video itu, kelihatan lelaki berkenaan memarahi individu di dalam kereta tersebut sebelum bertindak memukul dan menendangnya.

Video tersebut yang tular kemudiannya menimbulkan kemarahan orang ramai. Malah Caprice turut berkongsi video sama dengan harapan agar si pelaku dikenakan tindakan yang setimpal.

Lelaki pukul warga emas di tepi jalan ditahan

Terbaharu, lelaki yang tular di media sosial itu telah pun ditahan oleh pihak polis.

Apa yang lebih mengejutkan individu yang dipukulnya adalah seorang warga emas berusia 67 tahun.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohamad Farouk Eshak menyatakan insiden berlaku pada 20 Mac jam 10.30 pagi. Mangsa seorang warga emas yang merupakan doktor di sebuah hospital swasta telah menyedari bahawa kenderaannya dilanggar dari arah belakang sebelum dihalang sebuah kereta Mercedes berwarna putih.

“Kemudian seorang lelaki telah turun dari kenderaan tersebut dan bertindak membuka pintu kereta pengadu lalu menumbuk muka bahagian kanan pipi, menarik rambut dan menerajang di bahagian pinggang sehingga menyebabkan pengadu berasa sakit.

“Kejadian itu telah dirakam oleh pengguna lalu lintas yang lain dan telah ditularkan di laman sosial,” kata Mohamad Farouk.

Suspek tiada sebarang rekod jenayah & hasil ujian air kencing negatif

Menurut beliau, semakan terhadap lelaki itu mendapati tiada sebarang rekod jenayah dan hasil ujian air kencing juga adalah negatif.

Tambah beliau lagi, perintah reman terhadap si pelaku akan dimohon pada hari ini (21 Mac).

Memetik Kosmo, difahamkan lelaki itu melakukan tindakan berkenaan selepas berasa tidak puas hati kepada warga emas berkenaan kerana telah menghiraukan arahannya untuk memberhentikan selepas kemalangan berlaku.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan bagi Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau dengan denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.