fbpx
Now Reading
“Ops Lalang Berlaku Ketika Saya Sebagai Perdana Menteri. Ia Bukan Atas Arahan Saya” – Tun Mahathir

“Ops Lalang Berlaku Ketika Saya Sebagai Perdana Menteri. Ia Bukan Atas Arahan Saya” – Tun Mahathir

Menurut Tun Mahathir, kenyataan yang diberikan oleh beliau bukanlah untuk menyalahkan bangsa lain tentang nasib yang dihadapi mereka, tetapi menyalahkan pemimpin perasuah sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan Operasi (Ops) Lalang yang selalu dibangkitkan oleh sesetengah ahli politik bukanlah atas arahannya semasa mentadbir negara, sebaliknya keputusan itu dibuat oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, bekas Ketua Polis Negara Tun Muhammed Hanif Omar telah menjelaskan secara terperinci mengenai hal tersebut dalam satu perkongsian video yang dimuat naik di laman YouTube.

Sebagai seorang PM beliau perlu mendengar nasihat polis

Menerusi bebenang di laman Twitter rasminya pula, Tun Mahathir berkata sebagai seorang Perdana Menteri pada ketika itu, beliau perlu mendengar nasihat yang diberikan oleh polis.

“Perdana Menteri perlu dengar pandangan polis. Mereka bertanggungjawab atas keselamatan negara. Pandangan dan nasihat mereka tidak boleh ditolak begitu saja.”

Tun Mahathir dakwa PH terimanya sebagai PM jika menguntungkan mereka

Bagaimanapun, Tun Mahathir mendakwa ahli-ahli parti Pakatan Harapan (PH) selalu menyalahkan dirinya mengenai perkara berkaitan langkah Ops Lalang.

Namun, ahli parti itu akan menerimanya sebagai calon Perdana Menteri apabila langkah tersebut menguntungkan objektif mereka, kata Tun Mahathir.

“Parti-parti dalam Pakatan Harapan selalu menyalahkan saya disebabkan Ops Lalang. Namun apabila sesuatu menguntungkan objektif mereka, mereka dengan bangga terima saya sebagai rakan dan pilih saya sebagai calon Perdana Menteri mereka.”

Kenyataan yang diberikan Tun M bukanlah menyalahkan bangsa lain

Menurutnya lagi, kenyataan yang diberikan oleh beliau bukanlah untuk menyalahkan bangsa lain tentang nasib yang dihadapi mereka, tetapi menyalahkan pemimpin perasuah sahaja.

Jelasnya lagi, Kerajaan Perpaduan boleh disifatkan sebagai mengiyakan kemiskinan dalam kalangan Melayu jika masalah yang dihadapi oleh bangsa itu tidak dicari jalan penyelesaiannya.

“Proklamasi yang ditulis tidak salahkan bangsa lain tentang nasib malang mereka. Ia menyalahkan pemimpin perasuah sahaja. Merekalah pemimpin yang salahguna kuasa, mencuri wang, tidak bantu Melayu selesaikan masalah kemiskinan.

“Jika kita tidak cari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi Melayu, jadi tidak salah jika dikatakan Kerajaan hari ini mengiyakan kemiskinan dalam kalangan Melayu,” katanya lagi.

Di akhir perkongsian, beliau mengatakan perbuatan berat sebelah terhadap bangsa Melayu adalah petunjuk sikap perkauman Kerajaan.

“Ianya hasutan kerana bertentangan dengan perlembagaan negara kita. Oleh itu pemimpin Kerajaan-lah yang perlu didakwa atas hasutan,” ujar Tun Mahathir.

Benarkah Ops Lalang Adalah Peristiwa Yang Melanggar Hak Asasi Manusia?

Untuk info, Ops Lalang merupakan peristiwa pelanggaran hak asasi manusia yang paling utama dalam sejarah Malaysia, lapor MalaysiaGazette.

Ia menyaksikan kerajaan di bawah pimpinan Tun Mahathir menggunakan ISA untuk menahan 107 ahli politik, sosial aktivis, ahli akademik dan guru dalam peristiwa yang berlaku pada 27 Oktober 1987.

Operasi ini juga dikatakan dilancarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri atas arahan Ketua Polis Negara pada ketika itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.