fbpx
Now Reading
Pelajar Perempuan Usia 9 Tahun Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah
kanak-kanak maut digilis treler

Pelajar Perempuan Usia 9 Tahun Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah

Ketika kejadian berlaku, pengasuh dan dua beradik itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil mereka dari sekolah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia sembilan tahun maut digilis treler semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Klang, Selangor hari ini (22 Mac).

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat dalam insiden itu adik lelaki mangsa yang berusia tujuh tahun bersama seorang wanita yang merupakan pengasuh mereka turut didapati mengalami kecederaan ringan.

Katanya, pihak bomba telah menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 11.25 pagi dan sepasukan anggota dan juga pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang telah diarahkan ke lokasi tersebut.

“Kemalangan membabitkan treler yang melanggar motosikal yang dinaiki tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak,” jelasnya.

Dalam perjalanan pulang ke rumah

Ujar beliau lagi, insiden itu berlaku semasa pengasuh berusia 54 tahun itu dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik sahaja mengambil dua orang kanak-kanak itu dari sekolah.

Jelasnya, mayat kanak-kanak perempuan itu diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya dan dua lagi mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang bagi rawatan lanjut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.