fbpx
Now Reading
“Siapa Boleh Terima Bila Tahu Isteri Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang” – Syamsul Yusof Failkan Nusyuz

“Siapa Boleh Terima Bila Tahu Isteri Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang” – Syamsul Yusof Failkan Nusyuz

Menurut Syamsul, dia memfailkan tuntutan nusyuz itu adalah untuk menyelamatkan rumah tangganya dan bukanlah berniat untuk membalas dendam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/hiburan/2023/01/16/keputusan-saya-muktamad-puteri-sarah-fail-cerai-terhadap-syamsul-yusof/

Kisah konflik rumah tangga di antara pengarah, Syamsul Yusof dan pelakon Puteri Sarah Liyana seakan tidak berkesudahan selepas kini giliran Syamsul pula memfailkan permohonan nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor semalam (21 Mac).

Pengarah filem Mat Kilau yang berusia 39 tahun itu mendakwa isterinya berlaku curang bersama lelaki lain.

“Tiada suami dalam dunia ini yang boleh terima isterinya curang dengan lelaki lain,” demikian katanya ketika ditemui Berita Harian.

Difahamkan, Syamsul yang diwakili peguam syarie, Azmi Mohd Rais memfailkan permohonan nusyuz pada jam 3.10 petang semalam.

Tuntunan nusyuz dibuat untuk selamatkan rumah tangga, bukan membalas dendam

Menurut Syamsul, dia memfailkan tuntutan nusyuz  itu adalah untuk menyelamatkan rumah tangganya dan bukanlah berniat untuk membalas dendam.

“Sebagai suami, saya juga memendam rasa. Saya tak mahu cakap benda ini sebab saya pun malu. Tak mengapalah, biar saya dan peguam sahaja tahu. Saya tahu Puteri Sarah berhubung dengan bekas kekasihnya.”

Puteri Sarah jalinkan hubungan dengan suami orang?

Lebih mengejutkan, Syamsul mendakwa bahawa lelaki yang menjalinkan hubungan bersama Puteri Sarah adalah suami orang.

“Dia bukan pelakon, orang biasa ketika belajar di kolej. Jadi, saya tidak mahu orang salah faham.

“Siapa boleh terima bila mengetahui isteri menjalinkan hubungan dengan suami orang. Dan benda ini timbul bukannya sebab saya mahu ‘membantai’ Puteri Sarah, tetapi selagi saya diam, lagi teruk,” katanya.

Jelasnya, dia seboleh-bolehnya tidak ingin berbuat demikian, namun terpaksa lakukan juga selepas dakwaan yang dilemparkan oleh Puteri Sarah terhadap dirinya.

“Selama ini, saya banyak berdiam dengan apa yang berlaku dalam rumah tangga. Iyalah, tak elok nak berkongsi semua benda dalam kain kepada umum.

“Orang tahu saya diam walaupun apapun Puteri Sarah muat naik dalam laman sosial Instagram (IG). Saya tak mahu berkongsi soal rumah tangga, namun sekarang baru saya faham kenapa orang cakap jangan masuk campur urusan rumah tangga orang.

“Pasal saya dan Puteri Sarah orang tak tahu apa yang berlaku. Mungkin hanya mendengar sebelah pihak terus menghakimi, saya pun tak nak melatah,” katanya lagi.

Ibu bapa Syamsul tidak mengetahui hal sebenar

Berkongsi lanjut, Syamsul juga mengatakan bahawa ibu bapanya tidak mengetahui hal sebenar yang terjadi.

“Ibu bapa turut menghentam saya, jadi sudah tiba masanya, saya bukan mahu membalas atau melawan Puteri Sarah.”

Sementara itu, peguam Syamsul berkata Puteri Sarah terlibat dalam tuntutan nusyuz atas beberapa alasan dan tarikh sebutan semula kes ini adalah pada 6 April depan.

“Hari ini, Syamsul memfailkan kes tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah. Kami berusaha mendapatkan kebenaran menyerahkan saman memandangkan dia tinggal di Wilayah Persekutuan.

“Jadi, kami akan serahkan saman ini kepada Puteri Sarah dalam masa terdekat ini. Tarikh seterusnya, 6 April depan. Nusyuz adalah isteri tidak taat dan derhaka, jadi Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz kerana beberapa alasan dinyatakan dalam tuntutan,” kata Azmi.

Antara alasan nusyuz yang dinyatakan oleh peguam Syamsul

Antara alasan yang dinyatakan oleh Azmi adalah seperti Puteri Sarah meninggalkan rumah kediaman mereka bersama sejak Oktober 2020 dan masih menghubungi bekas kekasih.

Selain itu, alasan lain yang dinyatakan adalah Puteri Sarah enggan mematuhi notis nusyuz dan sudah membuat fitnah terhadap suaminya seperti memukul serta tidak memberi nafkah.

Apa itu nusyuz? Para isteri wajib tahu

Untuk info, menurut portal Extra, secara mudahnya nusyuz adalah satu istilah atau pengertian yang merujuk kepada keengganan isteri mentaati perintah atau permintaan suami yang sah di sisi syarak.

Selain itu, seseorang wanita yang bergelar isteri juga boleh dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya.

Contohnya adalah seperti berikut:

  • Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain
  • Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin
  •  Meninggalkan rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah
  • Tidak mahu tidur bersama bila diajak oleh suami tanpa sebab yang syariie
  •  Tidak mahu mendengar atau mengendahkan kata-kata suami yang tidak bercanggah dengan syariat
  •  Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah

Terdahulu, kisah kemelut rumah tangga kedua-dua pasangan ini semakin hangat apabila Syamsul membuat pengakuan secara terbuka pada bulan Januari lalu bahawa dia telah mengahwini isteri keduanya, Ira Kazar di Thailand.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Buat Pengakuan Sudah Bernikah Dengan Ira Kazar Di Thailand Hari Ini [Video]

Susulan itu, Puteri Sarah yang ingin menghentikan segala persengketaan yang dilaluinya telah memutuskan untuk memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 16 Januari lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.