fbpx
Now Reading
Demi Jamin Keselamatan & Kesihatan, DBKL Akan Ambil 120 Sampel Makanan Di 62 Bazar Ramadan

Demi Jamin Keselamatan & Kesihatan, DBKL Akan Ambil 120 Sampel Makanan Di 62 Bazar Ramadan

Pengambilan sampel makanan juga akan dilaksanakan sekiranya terdapat aduan atau kes keracunan makanan yang berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali menjelang sahaja bulan puasa, perkara yang sudah menjadi kewajipan bagi umat Islam di Malaysia pastinya mengunjungi bazar Ramadan yang ada bagi membeli juadah berbuka.

Namun, ada segelintir kecil peniaga tidak bertanggungjawab yang kurang menitik beratkan soal kebersihan sehingga boleh menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan.

DBKL akan ambil 120 sampel makanan di 62 bazar Ramadan setiap hari

Oleh itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menggalas tanggungjawab demi menjamin keselamatan dan kesihatan warga kotanya dengan mengambil 120 sampel makanan secara rawak di 62 bazar Ramadan di ibu negara agar dapat memastikan makanan yang dijual tidak tercemar.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, ia akan diambil secara berjadual setiap hari untuk dibawa ke Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan DBKL (FoSAC) bagi tujuan analisis.

Foto: malaymail

Pengambilan sampel juga dilakukan jika ada aduan keracunan makanan

Menurutnya, pengambilan sampel makanan juga akan dilaksanakan sekiranya terdapat aduan atau kes keracunan makanan yang berlaku.

“Sekiranya terdapat sebarang pencemaran, kompaun akan dikeluarkan dan menyenarai hitamkan penjaja terbabit serta tidak dibenarkan mendapat lesen bazar Ramadan tahun depan,” katanya.

Kenyataan itu diberikan oleh Mahadi pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Bazar Ramadan 2023 di Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur, semalam (23 Mac).

Menurutnya lagi, tindakan yang dilakukan itu adalah mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Petempatan Makanan 2016, UUK Pengendali Makanan 1979, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Pencemaran sampel makanan menurun pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya

Untuk rekod, terdapat 19.1% pencemaran sampel makanan di bazar Ramadan telah dikesan pada tahun lepas di mana ia menunjukkan penurunan berbanding 20.4% pada 2021 dan 31.9% pada 2019, kata Mahadi.

“Ini menunjukkan operasi seumpama ini sangat berkesan bagi mengawal kualiti dan keselamatan makanan yang dijual di bazar Ramadan,” katanya lagi.

Diharapkan dengan langkah yang telah diambil oleh DBKL ini dapat memberi kesedaran kepada para peniaga bazar Ramadan untuk terus tingkatkan kebersihan makanan yang dijual agar kualitinya terjamin.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.