fbpx
Now Reading
“Saya Berani Kerana Benar” – Wee Ka Siong Buat Laporan Polis Berkaitan Isu Telur Import
Wee Ka siong buat laporan polis

“Saya Berani Kerana Benar” – Wee Ka Siong Buat Laporan Polis Berkaitan Isu Telur Import

Jelas Wee Ka Siong, beliau berani membuat laporan itu selepas mencabar Deepak untuk membuat laporan polis apabila menafikan bahawa dia pernah menghubungi Ahli Parlimen Ayer hitam berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong membuat pendedahan di Parlimen bahawa dia ada menerima panggilan telefon dari seorang individu bernama Deepak Jaikishan wakil sebuah syarikat.

Individu itu kemudian mendakwa bahawa pihaknya telah mencapai persetujuan bersama PMO (Prime Minister Office) agar Ka Siong memperbetulkan semula kenyataan mengenai isu import telur ayam dari India.

Namun, kenyataan Ka Siong itu disanggah oleh Deepak yang menafikan dia ada membuat sebarang panggilan kepada ahli parlimen tersebut. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh beliau di Facebook.

Tidak berdiam diri, Ka Siong lalu meminta lelaki tersebut untuk membuat laporan polis sekiranya dia mahu membersihkan namanya.

Tujuan Ka Siong meminta laporan polis itu dibuat adalah untuk membuktikan bahawa Deepak tidak pernah menghubungi Ahli Parlimen Ayer Hitam berkenaan tentang isu bekalan telur import.

Beliau turut menegaskan jika pihak terbabit tidak membuat laporan, dia sendiri akan membuat laporan polis.

“Segala-galanya akan terjawab sekiranya Deepak yang membuat laporan polis. Sudah tentu pihak polis boleh siasat siapa pemilik nombor telefon bimbit yang menghubungi saya dan siapa yang mengaku sebagai Deepak,” katanya dipetik Sinar Harian pada 18 Mac.

Wee Ka Siong tampil buat laporan polis

Terbaharu, bekas Menteri Pengangkutan memaklumkan bahawa dia sudah membuat laporan polis dan keterangan sudah dirakamkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras (IPD) pada 22 Mac jam 1 pagi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, Ka Siong menyatakan laporan itu berkaitan dengan apa yang berlaku pada 13 Mac selepas beliau menerima satu panggilan telefon dari individu yang bernama Deepak.

Keputusan untuk membuat laporan polis itu dibuat Ka Siong selepas Deepak tidak membuat laporan mengenainya.

Dalam video yang dimuat naik, Ka Siong menyatakan dia telah diminta untuk membersihkan nama syarikat J&E Avandce Tech Sdn Bhd namun enggan melakukannya selepas percayai apa yang dihuraikan di dalam dewan itu telah dihuraikan dengan jelas.

“Saya tak sebut nama, saya tak sebut siapa yang terlibat dan apa yang penting orang yang membuat panggilan tersebut telah menggunakan nama PMO yang kononnya untuk mempengaruhi saya untuk membuat kenyataan balas,” katanya.

Berani buat laporan polis lepas cabar Deepak

Tegas Presiden Malaysia Chinese Association (MCA) itu lagi, dia berani membuat laporan itu kerana sebelum ini sudah mencabar Deepak untuk membuat laporan polis selepas menafikan bahawa dia pernah menghubungi ahli parlimen berkenaan.

“Saya minta beliau untuk membuat satu laporan polis kononnya ada individu yang menyamar indentitinya. Tetapi selepas memberi tiga hari untuk berbuat demikian namun perkara itu tidak diendahkan.”

Tak mahu ada individu sewenang-wenang guna nama PMO

Beliau dalam masa sama menyatakan dia tidak mahu mana-mana individu sewenang-wenangnya menggunakan nama PMO untuk melakukan sebarang tindakan yang tidak baik.

“Saya tidak mahu mana-mana individu menggunakan nama PMO untuk melakukan tindakan yang tidak senonoh dan berbaur ugutan, apatah lagi terhadap mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang mempunyai imuniti berucap di dalam Dewan Rakyat seperti termaktub di dalam Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang bentuk penyalahgunaan nama PMO amatlah dikesali. Justeru, saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung perkara ini,” tulisnya di kapsyen.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.