fbpx
Now Reading
Bekas Tentera Pijak, Pukul & Tampar Ibu Lepas Berang Tak Dapat RM20 Untuk Beli Dadah
lelaki pukul ibu sebab tak dapat RM20 beli dadah

Bekas Tentera Pijak, Pukul & Tampar Ibu Lepas Berang Tak Dapat RM20 Untuk Beli Dadah

Hasil saringan ujian air kencing mendapati bekas tentera yang juga OKU berkenaan positif dadah jenis methamphetamine selain dia juga mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berang tidak diberikan wang untuk membeli dadah seorang lelaki sanggup membelasah ibunya hingga cedera dalam kejadian di Kampung Gual Jedok, Tanah Merah, Kelantan pada 25 Mac lalu.

Insiden yang berlaku itu telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan seperti bengkak di bahagian kepala, dahi, mata dan sakit-sakit badan kerana ditarik, dipukul, dipijak, ditampar dan disepak oleh anaknya itu.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah memaklumkan laporan mengenai kes itu diterima pihaknya sekitar jam 5.08 petang hari yang sama dibuat oleh abang suspek yang berusia 37 tahun.

Terima video dari abang ipar, bekas anggota merupakan penagih dadah

Jelas Mohd Haki, sebelum membuat laporan abang suspek telah menerima sebuah video daripada abang iparnya pada jam 2.30 petang mengenai insiden tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek yang berusia 32 tahun tinggal bersama ibunya di rumah berkenaan. Lelaki itu merupakan bekas anggota tentera yang telah dibuang kerja pada tahun 2013 dan merupakan seorang penagih dadah.

“Selain itu, suspek juga merupakan pemegang kad orang kelainan upaya (OKU) mental daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat,” ujarnya dipetik Kosmo.

Berang tak dapat RM20 untuk beli dadah

Katanya, insiden berkenaan berlaku dipercayai kerana anak keempat daripada lima beradik itu berang dengan wanita berusia 65 tahun yang enggan memberikannya wang RM20 untuk membeli dadah.

“Kejadian tersebut telah dirakam oleh anak saudara suspek yang tinggal bersebelahan dengan rumah mereka. Siasatan mendapati, suspek juga dipercayai sering mengamuk dan meminta wang daripada ibunya.

“Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes dadah,” jelasnya lagi.

Suspek kemudian direman selama empat hari bermula 27 Mac dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan/ 18A Akta Keganaasan Rumah Tangga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.