fbpx
Now Reading
Lelaki Kurang Siuman Cuba Pukul Imam Ketika Solat Subuh Dicekup Polis
Lelaki kurang siuman serang imam

Lelaki Kurang Siuman Cuba Pukul Imam Ketika Solat Subuh Dicekup Polis

Menurut pihak polis, sebelum kejadian kedengaran suara lelaki kurang siuman itu menjerit dari arah belakang sebelum bertindak menyerang imam berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang individu yang disyaki kurang siuman telah dicekup oleh pihak polis selepas lelaki itu bertindak menyerang imam ketika solat jemaah di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah1, Kuantan, semalam (26 Mac).

Dalam insiden tular yang berlaku sekitar jam 6.18 pagi itu, lelaki berusia 38 tahun yang menyerang imam berkenaan dilihat sama seperti jemaah lain apabila memakai baju Melayu berwarna ungu serta berkain pelikat.

Mangsa merupakan imam jemputan, lelaki cuba pukul dengan selipar

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan, mangsa, Ilhan Muhammad Irham yang merupakan pelajar di Maahad Tahfiz Thurat telah dijemput menjadi imam jemputan bagi solat subuh di masjid berkenaan bersempena program Khatam Subuh 2.0.

“Ketika solat Subuh masuk rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah seramai 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah ‘roller shuter’ masjid.

“Seminit selepas itu ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman menolak jemaah dari arah belakang menuju ke imam serta cuba memukul imam dengan selipar di tangannya.

“Imam terus mengelakkan diri dari serangan itu menyebabkan solat dihentikan,” jelasnya dipetik dari Harian Metro.

Tindakan individu dihalang para jemaah dan pihak keselamatan masjid

Menurut Wan Mohd Zahari, ketika kejadian berlaku pihak keselamatan masjid serta jemaah telah bertindak menghalang individu berkenaan untuk menahannya sebelum dia diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan berlaku terhadap jemaah mahupun imam berkenaan dan suspek turut dibawa ke unit rawatan psikologi Hospital Tunku Ampuan Afzan untuk rawatan rapi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan. Pihak polis dalam masa sama turut meminta agar orang ramai untuk berhenti menularkan video berhubung kejadian itu di media sosial.

Sementara itu, Imam Besar di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 turut menegaskan pihak masjid tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana pihak yang berhadapan dengan tindakan undang-undang disebabkan penyebaran video berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.