fbpx
Now Reading
“Harap Pihak Kerajaan Ambil Maklum” – Timbalan Menteri Ditegur Gagal Jawab Soalan Di Dewan Rakyat [Video]

“Harap Pihak Kerajaan Ambil Maklum” – Timbalan Menteri Ditegur Gagal Jawab Soalan Di Dewan Rakyat [Video]

Timbalan Menteri Pendidikan itu pada masa yang sama juga memohon maaf dan berkata dia tidak akan mengulangi kesilapannya itu lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Nor menegur Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying kerana gagal menyediakan jawapan ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat semalam (27 Mac).

“Ini tidak sepatutnya berlaku. Ia memberi satu senario yang tidak baik kepada kerajaan. Saya berharap pihak kerajaan ambil maklum tentang perkara ini,” kata Ramli.

Soalan mengenai makanan berkhasiat di sekolah gagal dijawab

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Ahmad Marzuk Shaary menanyakan soalan mengenai rancangan Kementerian Pendidikan untuk memastikan pelajar mendapat makanan berkhasiat di sekolah.

Bagaimanapun, Lim memaklumkan dia tidak menyediakan sebarang jawapan menyebabkan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyuarakan bantahannya.

Lim pada masa yang sama juga memohon maaf dan berkata dia tidak akan mengulangi kesilapannya itu lagi.

Perkara yang berlaku di luar kelaziman, soalan lambat diterima

Sementara itu, Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Timbalan Menteri Pendidikan iaitu Lim Swee Kuan berkata, kejadian yang berlaku ini adalah di luar kelaziman.

Jelasnya, selalunya proses menyediakan jawapan lisan berdasarkan bilangan maksimum soalan yang boleh dijawab oleh semua kementerian iaitu antara 11 hingga 13 soalan untuk dijawab dalam tempoh 90 minit.

“Pegawai akan memberi taklimat secara terperinci kepada menteri atau timbalan menteri yang akan menjawab bagi soalan yang muncul pada 15 soalan pertama.

“Pihak kami menyediakan jawapan terperinci bagi tiga soalan iaitu soalan ke-4, ke-8 dan ke-11. Timbalan menteri juga menjawab semua tiga soalan seperti kelaziman pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya lagi, namun tanpa diduga semalam pihaknya menerima soalan ke-16 pada pukul 11.35 pagi.

“Pihak kami akan mengambil langkah lebih proaktif untuk mengelak perkara seperti ini berlaku lagi,” ujarnya lagi.

Video

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.