fbpx
Now Reading
“Kenapa Boleh Bagi Kepada TPM” – Shahidan ‘Cadangkan’ Pasport Rosmah Juga Dipulangkan [Video]

“Kenapa Boleh Bagi Kepada TPM” – Shahidan ‘Cadangkan’ Pasport Rosmah Juga Dipulangkan [Video]

Shahidan juga memberi cadangan agar pasport antarabangsa dipulangkan kepada semua orang dan bukannya kepada individu tertentu sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dilihat beberapa kali membangkitkan isu pasport antarabangsa yang dikembalikan kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi secara kekal di Dewan Rakyat semalam (27 Mac).

Dalam keadaan seolah-olah menyindir, Shahidan mengatakan keputusan yang dibuat oleh mahkamah adalah ‘keputusan hebat’.

Shahidan cadangkan agar pasport Rosmah dipulangkan

Bahkan, beliau juga mencadangkan agar pasport antarabangsa kepunyaan Datin Seri Rosmah Mansor juga dipulangkan.

“Kalau sekiranya kita bagi kepada TPM, kita kena bagi juga kepada Datin Seri Rosmah. Datin Seri Rosmah dapat pasport sementara… Setuju tak Tampin? Kita bagi kepada Rosmah?

“Kita bagi, mana boleh kita tak bagi. Kenapa boleh bagi kepada TPM, kat Rosmah tak bagi? Kasihan kat Rosmah dan juga rakyat Malaysia yang lain,” katanya secara sinis.

“Kalau undang-undang kata begitu, reda sajalah” – MP Tampin

Menjawab soalan itu, Ahli Parlimen Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa berkata, beliau hanya reda dengan undang-undang yang telah ditetapkan.

“Tampin hanya mempercayai dari sudut undang-undang. Kalau undang-undang kata begitu, reda sajalah.”

Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa

Pasport dipulangkan kepada semua orang, bukan kepada individu tertentu sahaja

Shahidan bagaimanapun kemudiannya membalas kembali dengan memberi cadangan agar pasport antarabangsa dipulangkan kepada semua orang dan bukannya kepada individu tertentu sahaja.

“Yang Berhormat, ini saya cadangkan supaya pasport antarabangsa diberi kepada semua, bukan kepada individu tertentu sahaja.

“Saya menyokong supaya diberi kepada semua sebab ini Madani…Madani maksudnya bagi kepada semua,” katanya lagi.

Video

Mahkamah Rayuan benarkan permohonan Zahid dapat semula pasport secara kekal

Terdahulu, BuzzKini melaporkan Mahkamah Rayuan Putrajaya pada semalam (27 Mac) membenarkan permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan semula pasport antarabangsanya secara kekal bagi membolehkannya menjalankan tugas rasmi sebagai TPM.

Malah dia juga dibenarkan menyimpan pasport diplomatiknya secara kekal sekaligus membolehkannya ke luar negara tanpa kebenaran mahkamah meskipun masih berdepan dengan pertuduhan rasuah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.