Kes Pukul Pemandu Treler Dalam Kemalangan Maut Di Klang, Polis Tahan 2 Lelaki & Buru Muhammad Putra Abdullah
Kedua-dua suspek yang telah ditahan itu berusia 38 tahun dan salah seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau penyalahgunaan dadah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini tular mengenai kisah kemalangan yang menyayat hati melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.
Difahamkan, kanak-kanak itu maut digilis treler semasa dalam perjalanan pulang ke rumah apabila motosikal yang dinaiki terbabas di Kampung Telok Gong, Klang pada Rabu lalu (22 Mac).
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Perempuan Usia 9 Tahun Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah
Turut menjadi bualan orang ramai apabila pemandu treler terbabit dibelasah beberapa individu selepas kemalangan itu berlaku.
Polis berjaya tahan dua lelaki tempatan untuk bantu siasatan
Susulan itu, pihak polis telah berjaya menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan mengenai kejadian pukul terbabit.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, kedua-dua suspek lelaki yang ditahan itu berusia 38 tahun yang mana salah seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau penyalahgunaan dadah.
“Sehingga hari ini (semalam), dua lelaki ditahan dan seramai enam orang saksi dipanggil untuk membantu siasatan kes ini.
“Pegawai penyiasat dalam proses melengkapkan siasatan dan seterusnya akan merujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh masa yang terdekat,” katanya dalam kenyataan, semalam (27 Mac).
Polis sedang berusaha buru dan tangkap suspek bernama Muhammad Putra Abdullah
Menurutnya lagi, pihak polis masih meneruskan usaha memburu dan menangkap suspek yang terlibat termasuk seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Putra Abdullah berusia 31 tahun.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek dan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya lagi.
Terdahulu, BuzzKini melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memburu beberapa lelaki yang memukul pemandu treler berkenaan.
Hong Fong berkata, satu laporan diterima daripada pemandu treler berusia 36 tahun selepas dia mendakwa dipukul beberapa lelaki sehingga cedera.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: