fbpx
Now Reading
Tindakan Kerajaan Mansuhkan Pelepasan Cukai SSPN Adalah Anti Rakyat & Anak Muda- Wan Saiful

Tindakan Kerajaan Mansuhkan Pelepasan Cukai SSPN Adalah Anti Rakyat & Anak Muda- Wan Saiful

Menurutnya, kesan buruk daripada langkah ini akan mendorong anak muda terus dihimpit hutang termasuk kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan Kerajaan Perpaduan memansuhkan pelepasan cukai bagi penyimpan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) telah memusnahkan usaha untuk menggalakkan penabungan pendidikan.

Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, langkah yang dibuat itu juga menyebabkan kebergantungan rakyat kepada hutang untuk membiayai Pendidikan anak-anak mereka meningkat.

Mendorong anak muda untuk terus dibelenggu hutang termasuk PTPTN

Menurutnya, kesan buruk daripada langkah ini akan mendorong anak muda terus dihimpit hutang termasuk kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Kenapa anak muda dilayan sebegini? Pemansuhan pelepasan cukai ini menyerlahkan sikap anti-rakyat PH-UMNO dan membuktikan mereka ada dendam terhadap anak muda yang rata-rata memilih PN.

“Akibat tindakan PH-UMNO ini, anak muda akan terus bergantung kepada hutang PTPTN,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini (28 Mac).

Pelepasan cukai simpanan SSPN adalah insentif galakkan rakyat menabung

Jelas Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU itu, pelepasan cukai sehingga RM8,000 bagi simpanan SSPN adalah insentif yang diusahakan semasa beliau menjadi Pengerusi PTPTN untuk menggalakkan rakyat menabung.

“Saya mahu penyelesaian jangka panjang agar anak bangsa kita tidak terbeban dengan hutang selepas graduasi. Penabungan awal adalah jawapan jangka panjang yang sebenar, sekiranya kerajaan tidak mahu memberikan pendidikan tinggi percuma.

“Jelas sekali apabila saya dan pegawai-pegawai PTPTN berjaya mendapatkan kenaikan pelepasan cukai menjadi RM8,000 bermula 2019.

“Ia menjadi salah satu faktor penyumbang kepada peningkatan signifikan deposit SSPN. Tetapi langkah yang mesra rakyat inilah yang mahu dihapuskan oleh PH-UMNO,” katanya lagi.

Terdahulu Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim mengumumkan bermula tahun ini, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut insentif pelepasan cukai individu sehingga RM8,000.

Jelasnya keputusan itu diambil disebabkan sudah ada penambahan senarai pelepasan cukai dan potongan cukai individu.

“Ini adalah disebabkan tambahan senarai pelepasan cukai dan potongan cukai individu termasuk pengurangan sebanyak 2 peratus ke atas cukai pendapatan individu, pelepasan cukai perbelanjaan perubatan yang ditingkatkan dari RM8,000 ke RM10,000 dan pelepasan yang lain,” kata Steven Sim.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.