fbpx
Now Reading
4 Tahun Tak Dapat Jumpa Adik Bongsu, Anak Dnars Skincare Tuntut Hadanah
anak dnars skincara tuntut hadanah

4 Tahun Tak Dapat Jumpa Adik Bongsu, Anak Dnars Skincare Tuntut Hadanah

Menurut Irdiena tuntutan hak penjagaan hadanah itu dibuat bagi mendapatkan hak lawatan, bermesra serta bermalam bersama adik bongsunya, Qaseh Khadija Ahmad Shahrizal yang kini berusia 10 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sudah empat tahun tidak bertemu adik bongsu, anak kedua kepada pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Irdina Hakim Jasma, 20, failkan tuntutan hak penjagaan (hadanah) terhadap kanak-kanak itu di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu, Kelantan.

Tuntutan hadanah tersebut turut dibuat bersama dua lagi plaintif iaitu nenak kepada Irdiena, Khatijah Mirdin, 71, dan ibu saudaranya iaitu Faradila Rohban Ahmad, 36.

Tuntutan yang difailkan untuk dapatkan hak lawatan dan bermesra dengan adik bongsu

Hak penjagaan itu dipohon bertujuan untuk mendapatkan hak lawatan, bermesra serta bermalam dengan adik bongsu, Qaseh Khadija Ahmad Shahrizal, 10, yang merupakan adik tiri kepada Irdiena Hakim.

Mereka turut diwakili oleh dua peguam syarie iaitu Naemah Saupi serta Shaharuddin Mohamed.

Irdiena Hakim ketika dijumpai media turut menjelaskan permohonan itu dilakukan memandangkan bapa tirinya yang juga defendan, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46 tidak memberikan kebenaran untuk mereka berjumpa.

Harap mahkamah boleh buat keputusan buat adik bongsu yang sudah 4 tahun tidak berjumpa

Jelas anak perempuan kepada arwah Faziani Rohban Ahmad itu, dia tidak berjumpa adik bongsunya sejak empat tahun lalu selepas pemergian ibu tersayang.

“Dengan permohonan hadanah ini, saya berharap keputusan dapat dibuat oleh Qaseh Khadija melalui pihak mahkamah. Jika dia mahu tinggal bersama kami, saya sangat bersyukur,” ujar Irdiena Hakim.

Apa itu Hadanah?

Untuk makluman, tuntutan hadanah atau hak penjagaan anak adalah proses yang dilakukan oleh ibu bapa untuk mendapatkan hak sebagai penjaga kepada anak mereka apabila berlakunya penceraian.

Tetapi sekiranya ibu hilang kelayakan mengikut hukum syarak contohnya berkahwin lain, menukar tempat bermastautin dengan tujuan untuk mencegah bapa dari menjalankan pengawasan, berkelakuan buruk maka tuntutan hadanah boleh dilakukan oleh:

  • Nenek sebelah ibu atau bapa.
  • Bapa.
  • Kakak adik perempuan seibu dan sebapa.
  • Kakak atau adik perempuan seibu.
  • Kakak atau adik perempuan sebapa.
  • Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa.
  • Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu.
  • Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa.
  • Ibu saudara sebelah ibu atau bapa.

Namun merujuk Seksyen 85, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2022 (Kelantan) hak hadanah tamat setelah kanak-kanak mencapai usia tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi kanak-kanak perempuan. Tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan hadanah, membenarkan dia menjaga kanak-kanak itu sehingga kanak-kanak itu mencapai umur sembilan tahun, jika kanak-kanak itu lelaki, dan umur sebelas tahun, jika kanak-kanak itu perempuan.

“Setelah tamatnya hak hadinah, penjagaan adalah turun kepada bapa, dan jika kanak-kanak itu telah mencapai umur kecerdikan (mumaiyiz), maka kanak-kanak itu adalah berhak memilih untuk tinggal dengan sama ada ibu atau bapanya, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.