fbpx
wanita maut keracunan makanan lepas makan ikan buntal

Gara-Gara Keracunan Makan Ikan Buntal, Warga Emas Meninggal Dunia & Suami Dilaporkan Kritikal

Selepas memakan ikan buntal tersebut, pasangan warga emas itu kemudian mengalami kesukaran bernafas dan menggigil sebelum dibawa ke hospital oleh anak lelakinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tregedi menimpa seorang wanita yang juga warga emas apabila dilaporkan meninggal dunia manakala suaminya pula dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang, disebabkan mengalami keracunan selepas makan ikan buntal.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon memaklumkan warga emas berumur 83 tahun itu bersama suaminya berusia 84 tahun telah membuat pesanan untuk membeli ikan berkenaan menerusi satu platform media sosial.

Kedua-dua alami sesak nafas dan menggigil selepas makan ikan buntal yang dimasak

Mereka kemudian menerima barangan tersebut pada 25 Mac yang lalu.

“Mereka membersihkan dan memasak ikan buntal itu untuk makan tengah hari sekitar pukul 3 petang, namun mangsa wanita mula mengalami kesukaran bernafas dan menggigil. Kira-kira sejam kemudian, suaminya mula menunjukkan simpton yang sama.

“Anak lelaki mereka, yang tinggal di rumah berbeza membawa mereka ke unit kecemasan Hospital Enche’ Hajjah Kalsom untuk rawatan perubatan.

“Wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 7 malam manakala suaminya masih menerima rawatan di ICU,” jelasnya dipetik Kosmo.

Pasangan warga emas pertama kali makan ikan buntal

Menurut beliau, pihaknya dimaklumkan bahawa insiden berlaku itu adalah kali pertama pasangan tersebut memakan ikan berkenaan.

“Siasatan dibuat mendapati, ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat.

“Penjual yang berasal dari Batu Pahat itu kemudian menjual ikan tersebut secara dalam talian di mana 15 kilogram ikan buntal dijual kepada empat pelanggan di Chamek, empat di Paloh dan seorang di Yong Peng pada hari yang sama.

“Selain pasangan itu, pelanggan lain masih belum memakan ikan tersebut tetapi Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah mendapatkan sampel ikan daripada penjual untuk analisis,” katanya lagi.

Wanita yang meninggal dunia itu dikenali sebagai Lin Xiu Wan dan suaminya pula Huang Chuan Xin.

Beliau dalam masa sama turut menasihati masyarakat agar berhati-hati dengan pemakanan yang diambil khususnya jika berkaitan dengan makanan yang boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan.

“Kerajan negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor akan terus memantau dan memastikan keselamatan makanan untuk penduduk negeri ini.”

Ikan buntal perlu disiang secara berhati-hati

Untuk makluman, ikan buntal atau pufferfish atau ‘ikan fugu’ merupakan haiwan yang tergolong di dalam satu jenis racun semulajadi yang sangat bahaya namun ada juga yang tidak mempunyai racun.

Memetik Berita Harian, ikan tersebut mengandungi racun tetrodotoksin yang tersimpan di dalam hati, kelenjar kelamin, kulit serta usus milik ikan tersebut.

Oleh itu, ia perlu disiang secara berhati-hati dengan menggunakan teknik khusus agar ia tidak tercemar dengan racunnya.

Racun yang dimiliki oleh ikan ini mampu menyerang sistem saraf dan didakwa lebih merbahaya dari racun sianida (Cyanide).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.