fbpx
Now Reading
Pengemis Warga Asing Kutip RM400 Hingga RM500 Sehari Di Bazar Ramadan, Siap Tidur Hotel

Pengemis Warga Asing Kutip RM400 Hingga RM500 Sehari Di Bazar Ramadan, Siap Tidur Hotel

Susulan itu, polis Melaka bersama JKM dan BPT telah berjaya menumpaskan dan menangkap dalang utama sindiket pengemis warga asing ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali menjelang sahaja bulan puasa, perkara yang sudah menjadi kewajipan bagi umat Islam di Malaysia pastinya mengunjungi bazar Ramadan yang ada bagi membeli juadah berbuka.

Hal ini kerana di bazar Ramadan terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang dijual kepada mereka yang ingin membeli juadah berbuka.

Namun, tidak hanya makanan dan minuman sahaja yang banyak di bazar ramadan, golongan pengemis juga kelihatan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan cuba meraih simpati daripada para pengunjung di sana.

Sehubungan itu, polis Melaka bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah berjaya menumpaskan dan menangkap dalang utama sindiket pengemis warga asing, pada Rabu lalu (28 Mac).

(Foto: FB/Polis Melaka)

Pengemis mampu meraih wang sedekah sekitar Rm400 hingga RM500 sehari

Menerusi hantaran di laman Facebook Polis Melaka, Difahamkan kegiatan mengemis yang dilakukan oleh warga asing itu mampu meraih wang sedekah sekitar RM400 hingga RM500 setiap hari di bazar Ramadan di Melaka.

Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira 7.30 petang itu, suspek lelaki tempatan berusia 35 tahun terbabit ditangkap bersama tiga pengemis yang berusia antara 33 hingga 46 tahun yang dibawa olehnya dari Kuantan.

Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah, serbuan berkenaan dibuat selepas pihaknya menerima aduan berkenaan aktiviti mengemis yang semakin rancak di bazar Ramadan, pasar raya dan pusat beli belah dengan sebahagiannya juga tular di media sosial.

Polis Melaka kerjasama dengan BPT dan JKM banteras sindiket pengemis

Kata Zainol, susulan aduan itu pihak polis telah bekerjasama dengan JKM dan PBT untuk menjalankan operasi bersepadu bagi mengambil tindakan terhadap sindiket ini.

“Dalam Op Pengemis dijalankan, kita berjaya menahan empat individu termasuk tiga lelaki warga asing kerana terlibat dalam aktiviti mengemis kononnya bagi tujuan pembinaan sebuah sekolah agama di Selatan Thailand.

“Kita juga merampas dokumen-dokumen yang digunakan bagi tujuan memperdaya orang ramai dan wang tunai berjumlah RM736,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (30 Mac).

Dalang bawa warga asing dari Kuantan ke Melakan untuk mengemis, siap tidur di hotel

Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati ketiga-tiga warga asing itu telah dibawa oleh dalang dari Kuantan ke Melaka hanya untuk mengemis.

“Dalang utama ini bertanggungjawab membawa tiga warga asing itu ke Melaka dengan menggunakan kenderaanya bagi tujuan mengemis dan menguruskan tempat tinggal mereka di sebuah hotel di Jalan Tun Perak.

“Sindiket ini turut juga memperolehi hasil kutipan harian antara RM400 sehingga RM500 dengan menyasarkan tapak-tapak bazar Ramadan,” katanya lagi.

Berkongsi lanjurt, Zainol berkata hasil soal siasat daripada suspek utama juga mendakwa dia merupakan pengusaha kantin di sebuah sekolah di Kuantan.

Jelasnya lagi, kesemua suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdangang Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, jika sabit kesalah boleh dipenjara hingga 15 tahun dan denda.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.