fbpx
Now Reading
Polis Kesan Lelaki Dipercayai Warga Tempatan Pukul & Bakar Anjing Hidup-Hidup Di Johor
anjing dibakar hidup-hidup

Polis Kesan Lelaki Dipercayai Warga Tempatan Pukul & Bakar Anjing Hidup-Hidup Di Johor

Menerusi video yang tular, kelihatan lelaki tersebut memukul anjing liar itu sebelum bertindak membakarnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan seorang individu telah bertindak kejam kepada seekor anjing liar.

Menerusi rakaman CCTV yang dikongsikan oleh Dr Irma yang juga doktor veterinar, kelihatan lelaki itu pada awalnya keluar dari sebuah kenderaan dan datang ke arah anjing tersebut sebelum memukulnya dan membakar anjing berkenaan.

Tindakan lelaki di dalam video berdurasi 8 minit 54 saat itu turut dikecam oleh orang ramai yang tidak sanggup melihat haiwan itu diseksa sebegitu rupa selain menyifatkan ia tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Polis terima laporan berhubung anjing liar dipukul dan dibakar

Terbaharu, pihak polis memaklumkan telah menerima laporan berhubung kejadian itu yang membabitkan anjing liar di Taman Impian Emas, Skudai, Johor Bahru.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Supt Fariz Ammar Abdullah menyatakan pihaknya dimaklumkan insiden tersebut didakwa berlaku berdekatan dengan sebuah klinik haiwan di kawasan itu.

Laporan tersebut diterimanya pada jam 2.59 petang, 27 Mac daripada orang awam yang menyatakan anjing liar tersebut telah dipukul serta dibakar hidup-hidup oleh seorang individu disyaki warga tempatan.

“Tujuan laporan polis dibuat adalah untuk merujuk kes terbabit kepada Jabatan Veterinar Johor bagi menjalankan siasatan berhubung penyeksaan haiwan.

“Kes ini disiasat Jabatan Veterinar Johor mengikut Seksyen 29 (1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM25,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” jelasnya dipetik Bernama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.