fbpx
Now Reading
“Rahsia Apa? Itu Bukan Sulit” – MB Kedah Dakwa Tuduhan ‘Bocor Rahsia’ Kerajaan Punca Dilarang Hadiri LIMA’2023 [Video]

“Rahsia Apa? Itu Bukan Sulit” – MB Kedah Dakwa Tuduhan ‘Bocor Rahsia’ Kerajaan Punca Dilarang Hadiri LIMA’2023 [Video]

Pun begitu, Sanusi berkata beliau tetap akan memastikan LIMA’23 yang akan diadakan nanti berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan terindah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendedahkan tuduhan membocorkan rahsia sulit telah menyebabkan beliau dilarang menghadiri majlis rasmi Kerajaan Perpaduan dan Pameran Aeroangkasa dan Miritim Langkawi (LIMA’23)

Menerusi satu hantaran video di laman Facebook rasminya semalam (2 April), Sanusi berkata tuduhan itu dibuat ekorang dari ceramahnya di Sungai Besar, Selangor selepas menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua MB serta ketua Menteri di Parlimen.

Mesyuarat pertama LIMA’23 diadakan semasa beliau menunaikan umrah

Menurutnya, sebelum ini satu mesyuarat dengan beberapa kementerian terlibat dengan LIMA’23 telah diadakan di Langkawi ketika beliau sedang menunaikan umrah.

“Ketika itu semua agensi dipanggil termasuk pejabat MB tetapi wakil saya tak dapat hadir kerana pergi menunaikan umrah bersama saya.

“Balik dari Mekah, Setiausaha Kerajaan Negeri hadir untuk mesyuarat kali kedua di Langkawi dan ketika itu minit mesyuarat pertama mengatakan beberapa keputusan mengenai program kementerian telah dibuat dan akan dirasmikan oleh MB Kedah,” katanya.

Jelasnya lagi, tidak lama selepas itu seorang pegawai kanan kerajaan memberitahu minit terpaksa dipinda dan semua program yang melibatkan beliau telah digantikan dengan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Alasan yang diberikan adalah kerana beliau bocorkan rahsia kerajaan

Berkongsi lanjut, Sanusi berkata alasan yang diberikan ialah kerana beliau dikatakan telah membocorkan rahsia kerajaan.

“Apa rahsia itu? Ni saya nak bagitahu. Satu hari saya pergi mesyuarat di Parlimen bersama PM dan menteri di Parlimen. Mesyuarat itu sepatutnya dibuat di Putrajaya tetapi dipindahkan ke Parlimen kerana persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung di situ.

“Ia mesyuarat yang biasa dibuat sempena Mesyuarat Raja-Raja Melayu. Dalam mesyuarat itu dibincangkan mengenai agenda pembangunan negeri. Ada dua pembentangan iaitu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Kewangan (MOF),” katanya lagi.

Ujar Sanusi, KPKT dibentangkan oleh pegawainya namun MOF pula dibentangkan sendiri oleh Menterinya disebabkan Ketua Setiausaha Perbendaharan belum dilantik lagi pada ketika itu.

“Tetapi jadi lain kerana apa yang dibentang dan apa yang ditulis di dalam kertas yang diedarkan kepada semua tidak sama. Ia bukan jadi pembentangan tetapi syarahan. Saya mesej kawan saya dalam mesyuarat itu kata ini bukan pembentangan tapi syarahan.”

Sanusi beritahu hadirin baru pulang dari mesyuarat

Kata Sanusi lagi, beliau bergegas ke Sungai Besar selepas mesyuarat itu untuk menyampaikan ceramah dan ketika itu beliau telah memberitahu kepada orang ramai yang hadir bahawa beliau baru sahaja pulang dari mesyuarat terbabit.

“Saya kata siapa yang bentang dan mengenai apa tetapi bukan isi yang ada di dalam kertas. Inilah tuduhan mengatakan saya telah membocorkan rahsia kerajaan.

“Siapa bentang dan mesyuarat itu bukan rahsia sebaliknya apa yang ditulis itu sebenarnya rahsia. Saya hanya bagitahu siapa yang bentang bukan apa yang dibentang,” tegasnya.

Pun begitu, Sanusi berkata beliau tetap akan memastikan LIMA’23 yang akan diadakan nanti berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan terindah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.