fbpx
Now Reading
Lelaki Serang Kamal Adli Hingga Cedera Tidak Dibenar Ikat Jamin Oleh Mahkamah Singapura

Lelaki Serang Kamal Adli Hingga Cedera Tidak Dibenar Ikat Jamin Oleh Mahkamah Singapura

Sebelum ini, tertuduh telah direman selama tiga minggu di Institut Kesihatan Mental Singapuran untuk pemerhartian psikiatri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (4 April), Mahkamah Singapura tidak membenarkan ikat jamin kepada lelaki yang didakwa menyerang dan memukul pelakon kelahiran Malaysia, Kamal Adli.

“Berdasarkan laporan Institut Kesihatan Mental (IMH), saya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin,” kata Hakim Daerah Brenda Tan.

Tidak dibenarkan ikat jamin dan kes ditangguh selama 4 minggu

Hakim bersetuju dengan permohonan pendakwaan untuk tidak memberikan ikat jamin kepada tertuduh dan menangguhkan kes terbabit selama empat minggu bagi membolehkan pegawai penyiasat melengkapkan siasatan.

“Kes ini ditangguhkan selama empat minggu kepada 2 Mei,” kata Tan.

Tertuduh pernah direman selama 3 minggu untuk pemerhatian psikiati

Sebelum ini, tertuduh telah direman selama tiga minggu di IMH untuk pemerharian psikiatri.

Tertuduh yang berusia 33 tahun itu telah didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac lalu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas pertuduhan disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.

Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan atau mana-mana gabungan hukuman.

Kamal Adli cedera parah selepas diserang lelaki di Singapura

Terdahulu, media melaporkan Kamal Adli telah mengalami kecederaan yang parah selepas diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Isteri kepada Kamal Adli iaitu Uqasha Senrose mengesahkan kejadian tersebut berlaku ketika dia bersama suaminya berada di Singapore Expo Hall, Singapura pada 12 Mac lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.