fbpx
Now Reading
Rafizi Kemuka 4 Sebab Kerajaan Tak Benarkan Pengeluaran KWSP

Rafizi Kemuka 4 Sebab Kerajaan Tak Benarkan Pengeluaran KWSP

Menurutnya, KWSP diwujudkan adalah untuk memastikan pencarum mempunyai simpanan di hari tua.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan empat mengapa kerajaan tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurut Rafizi, salah satunya adalah kerana kerajaan bertanggungjawab untuk melindungi dan memberi kebaikan kepada semua rakyat di hari tua.

Menerusi hantaran video di laman Twitter rasminya, Rafizi berkata kerajaan bukan memilih jalan singkat semata-mata untuk meraih populariti sementara serta meninggalkan beban masalah lain kepada pimpinan lain di masa hadapan untuk diselesaikan.

“Pagi tadi (3 April), beberapa ahli parlimen pembangkang protes keluar dewan bila Timbalan Speaker Dewan Rakyat tidak membenarkan usul pengeluaran bersasar KWSP dibahaskan.

“Ini sebab mereka tidak faham atau tidak ambil berat masa depan rakyat. Jadi, saya nak jelaskan sikit kenapa kerajaan tidak membenarkan KWSP dikeluarkan secara bersasar,” tulisnya di kapsyen.

KWSP untuk simpanan hari tua, kalau mati duit akan dapat pada waris

Menurutnya, KWSP diwujudkan adalah untuk memastikan pencarum mempunyai simpanan di hari tua.

“Sekiranya pencarum mati sekalipun, simpanan dalam KWSP akan dapat kepada waris,” katanya.

Untuk KWSP pelbagaikan dan kukuhkan lagi strategi pelaburan

Ahli Parlimen Pandan itu juga menjelaskan apabila dana KWSP menyusut, ia akan menghadkan keupayaan KWSP untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan strategi pelaburan demi mendapatkan keuntungan lebih baik.

“Ini akan ada kesan kepada pencarum lain walaupun mereka tidak mengeluarkan caruman kerana jika pulangan KWSP secara keseluruhannya rendah.

“Maka pencarum-pencarum lain pun akan turut menanggung kesan itu,” katanya lagi.

Jelas Rafizi lagi, oleh kerana itu kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertindak dengan menambahkan lagi caruman dan simpanan rakyat di hari tua.

Kecoh hampir semua Ahli Parlimen PN keluar Dewan Rakyat

Terdahulu, media melaporkan terdapat kekecohan semasa sesi Dewan Rakyat apabila hampir keseluruhan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) bertindak keluar daripada dewan.

Tindakan itu dibuat selepas Dewan Rakyat menolak usul yang dikemukakan oleh MP Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk membincangkan mengenai pengeluaran wang KWSP secara bersasar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.