fbpx
Now Reading
Johor Kekal Dengan Pendirian Tak Benarkan Jual Beli Vape

Johor Kekal Dengan Pendirian Tak Benarkan Jual Beli Vape

Kenyataan itu diberikan bagi mengulas lanjut langkah kerajaan dalam mengenakan cukai bagi cecair vape yang mengandungi nikotin.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan Negeri Johor akan terus kekal dengan pendirian mereka untuk tidak membenarkan penjualan dan pembelian rokok elektronik (vape) di negeri itu.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, keputusan itu masih kekal selaras dengan keputusan hasil Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada 2016 dahulu.

“Di Johor ni memang kita larang jual beli vape ni, tapi saya tahu ada agensi yang buka walaupun dalam syarat lesen tertera tidak dibenarkan perniagaan rokok elektronik (vape), ini.

“Sebenarnya pada 1 Januari 2016, dalam mesyuarat MMK dah putuskan tidak dibenarkan menjual vape dan keputusan kerajaan negeri itu masih kekal sehingga ke hari ini.

“Sebab itu dalam syarat lesen, tertera tidak dibenarkan perniagaan rokok elektronik dan di peringkat PBT, boleh batalkan lesen (perniagaan),” katanya.

Usaha kerajaan dalam mengenakan cukai produk cecair yang mengandungi nikotin

Kenyataan itu diberikan oleh beliau kepada media semasa ditemui sempena program Singgah Sahur Kelab Media Johor, awal pagi semalam (4 April) bagi mengulas lanjut langkah kerajaan mengenakan cukai bagi cecair vape dengan kandungan nikotin pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml).

Belum ada aduan diterima mengenai penjualan vape di Johor

Menurut Jafni lagi, setakat ini pihaknya masih belum menerima aduan mengenai penjualan vape di negeri Johor.

“Setakat ini aduan tu tak ada, mungkin dia orang tak tahu benda tu (jual vape) salah sebab kelulusan itu pada tahun 2016.

“Bagaimanapun, di peringkat PBT, kita memang akan ambil tindakan batalkan lesen, bukan lesen vape itu sahaja tetapi tidak boleh beroperasi.

“Kita juga tunggu arahan di peringkat Kerajaan Persekutuanlah, kita pun tak dapat hitam putih pengharaman vape ni, namun kita masih guna dasar, keputusan yang sama pada 2016 lalu,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.