fbpx
Now Reading
Penjawat Awam Di Melaka Wajib Baca Al-Fatihah Sebelum Mulakan Mesyuarat – Ketua Menteri

Penjawat Awam Di Melaka Wajib Baca Al-Fatihah Sebelum Mulakan Mesyuarat – Ketua Menteri

Selain itu, kakitangan awam juga tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit ke dalam bilik mesyuarat terutamanya yang membabitkan hal bertaraf rahsia dan sulit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai umat Islam, kita dikehendaki memulakan sesuatu perkara yang ingin dilakukan dengan doa, agar mendapat lebih keberkatan dan keredaan.

Hal ini kerana kuasa doa amatlah besar dan menakjubkan apabila ia dilafazkan dengan puji-pujian seorang hamba kepada Allah SWT, Maha Pencipta.

Seperti Firman Allah S.W.T, “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu” surah Ghafir ayat 60.

Kakitangan awam negeri Melaka wajib baca Al-Fatihah sebelum mula mesyuarat

Terbaharu, setiap jabatan dan agensi di bawah kerajaan negeri Melaka diwajibkan melaksanakan empat perkara berkuat kuasa semalam (4 April) antaranya memulakan setiap mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah.

Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dalam satu kenyataan.

Ingin pupuk rasa cinta kepada agama, bangsa, dan negara

Menurutnya, ia selari dengan penghayatan nilai-nilai Islam dalam perkhidmatan awam selain memupuk rasa kecintaan kepada agama, bangsa dan negara.

“Setiap jabatan dan agensi kerajaan negeri diwajibkan memulakan setiap mesyuarat dengan bacaan al-Fatihah dan memperdengarkan bacaan surah itu pada pukul 8 pagi, setiap hari bekerja iaitu dari Isnin hingga Jumaat.

“Selain itu, kakitangan juga wajib memperdengarkan nyanyian lagu Negaraku dan Melaka Maju Jaya pada pukul 10 pagi setiap hari Isnin dan perlu berdiri hormat ketika lagu tersebut dimainkan,” katanya.

Jelasnya lagi, kakitangan awam juga tidak dibenarkan membawa masuk telefon bimbit ke dalam bilik mesyuarat terutamanya yang membabitkan hal bertaraf rahsia dan sulit yang dipengerusikannya bagi memastikan kerahsiaan maklumat kerajaan dijaga.

Surah Al-Fatihah diturunkan di Mekah punyai pelbagai kebaikan

Untuk info, surah Al-Fatihah mempunyai pelbagai kebaikan diturunkan di Mekah dan terdiri daripada tujuh ayat.

Surah ini disebut al-Fatihah kerana surah ini adalah pembukaan atau permulaan al-Quran.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.