fbpx

Pemandu Lori Maut Langgar Kenderaan ‘Misteri’ Di Karak

Akibat kemalangan itu pemandu lori terbabit mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali berlakunya kemalangan jalan raya, mereka yang terlibat pasti akan menyelesaikan insiden terebut sama ada berbincang sesama sendiri atau membuat laporan polis bagi urusan tuntutan insurans.

Namun, masih ada segelintir pemandu yang tidak bertanggungjawab dan penyebab kepada kemalangan akan memilih jalan mudah dengan melarikan diri.

Kenderaan yang dirempuh tiada di lokasi kejadian

Bagaimanapun, lain pula cerita dengan satu kemalangan maut ini apabila kenderaan yang dirempuh sebuah lori tiada di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad berkata, pemandu lori itu disahkan meninggal dunia selepas parah pada bahagian kepala dan badan akibat kemalangan itu.

Kemalangan berlaku pukul 1 pagi di Lebuh Raya Karak

Difahamkan, kemalangan pada pukul 1.00 pagi semalam (5 April) itu berlaku di kilometer 32.6 Lebuh Raya Karak melibatkan sebuah lori jenis Isuzu dan sebuah kenderaan yang tidak diketahui.

Menurutnya, siasatan polis mendapati kemalangan tersebut dipercayai berlaku semasa lori berkenaan yang dipandu lelaki tempatan berusia 43 tahun dari arah Genting sedang menuju ke arah Gombak.

“Setibanya di lokasi kejadian, pemandu lori itu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar belakang kenderaan tidak pasti jenisnya di lorong paling kiri.

“Namun, kenderaan yang dilanggar itu tidak kelihatan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Pemandu lori cedera parah meninggal dunia di lokasi kejadian

Jelas Noor Ariffin, akibat kemalangan itu pemandu lori terbabit mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke hospital Selayang bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 0176645812 atau 03-61262222,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.