fbpx
Now Reading
Ketua Polis Negara Nafi PDRM Jadi Dalang Seludup Mercun

Ketua Polis Negara Nafi PDRM Jadi Dalang Seludup Mercun

PDRM juga tidak berkompromi dengan mana-mana anggota polis yang terlibat dalam kegiatan jenayah dan akan mengambil tindakan tegas sekirang berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malayia (PDRM) menafikan bahawa mereka merupakan dalang kegiatan penyeludupan mercun seperti yang tertera pada tajuk sebuah akhbar tempatan yang bertulis ‘Polis Jadi Dalang Seludup Mercun’.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, kes yang dilaporkan oleh akhbar tersebut adalah mengenai seorang anggota polis yang terlibat dalam aktiviti pengedaran mercun.

PDRM telah menahan anggota terbabit

Jelasnya, pihak polis telahpun mengambil tindakan dengan menahan anggota terbabit pada Selasa lalu (4 April).

“Kedua-dua suspek ditahan dan direman selama empat hari bermula 5 hingga 8 April bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Selain siasatan jenayah, PDRM juga akan mengambil tindakan dalaman ke atas suspek polis berkenaan yang didapati menyalahgunakan kenderaan pasukan di luar waktu bertugas bagi menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

PDRM tidak akan berkompromi dengan anggota yang terlibat dengan kegiatan jenayah

Pada masa yang sama, Acrly Sani menegaskan bahawa PDRM tidak berkompromi dengan mana-mana anggota polis yang terlibat dalam kegiatan jenayah dan akan mengambil tindakan tegas sekirang berlaku.

“PDRM juga mengalu-alukan masyarakat untuk menyalurkan maklumat sahih bagi membolehkan tindakan diambil dalam membanteras sebarang salah laku atau aktiviti menyalahi undang-undang,” ujarnya.

Terdahulu Harian Metro Melaporkan seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan selepas dipercayai menjadi ‘dalang’ sindiket penyeludupan mercun ke negara ini.

Lebih mengejutkan rakyat Malaysia apabila anggota polis terbabit didakwa menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membawa mercun-mercun yang diseludup itu.

Hasil risikan yang dilakukan anggota Pasukan Gerak Am (PGA) terhadap aktiviti penyeludupan mercun sempena Aidilfitri akhirnya membawa kepada penangkapan suspek berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.