fbpx
Now Reading
Pasangan Kekasih Ditahan Lepas Tular Buat Perkara Tak Senonoh Dalam Kereta Merah

Pasangan Kekasih Ditahan Lepas Tular Buat Perkara Tak Senonoh Dalam Kereta Merah

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, kejadian didapati berlaku pada 29 Mac lalu di tempat letak kenderaan Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video pasangan kekasih melakukan aksi tidak senonoh di dalam sebuah kereta yang dirakam oleh seorang individu.

Susulan video tular itu, pihak polis telah berjaya menahan kedua-dua individu itu semalam (6 April).

Kejadia berlaku pada 29 Mac lalu di Johor

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitendan Muhd Sohaimi Isyak berkata, siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku pada 29 Mac lalu sekitar pukul 3.03 petang di tempat letak kenderaan Taman Kota Masai, Pasir Gudang.

Menurutnya, penahanan dibuat melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang gadis berusia 17 tahun.

“Pihak polis mengesan satu video tular berdurasi 23 saat berhubung rakaman video pasangan berkelakuan melanggar kesopanan di tempat awam.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah membuat tangkapan ke atas suspek terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan dan seorang perempuan warga tempatan.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunya rekod kesalahan lampau,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan

Jelasnya lagi, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun.

Muhd Sohaimi juga mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan perkara yang melanggar norma kehidupan dan undang-undang negara.

“Turut diingatkan, sebarang maklumat mrngenai kejadian hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.