Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Baru-baru ini, tular di media sosial satu perkongsian video yang memaparkan tindakan sekumpulan remaja menembak mercun ke arah semua rumah.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @luzers979107106112, kejadian dikatakan berlaku di Kampung Changkat Kiri Gombak, Selangor.
Lebih parah lagi, apabila dua orang dipercayai penghuni rumah berkenaan mengalami kecederaan akibat terkena percikan letupan mercun terbabit.
Polis giat buru kesemua suspek yang terlibat
Terkini, pihak polis dilaporkan sedang mempergiatkan usaha memburu sekumpulan individu terlibat dalam kejadian tersebut.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad berkata hasil siasatan pihaknya mendapati kejadian berlaku pada 31 Mac lalu sekitar pukul 12.05 tengah malam.
“Dalam video tersebut juga memaparkan seorang individu telah mengalami kecederaan di belakang telinga dan seorang individu lagi mengalami kecederaan di bahagian paha sebelah kiri.
“Semasa pengadu satu wanita warga Indonesia berumur 27 tahun berada di rumah terdapat sekumpulan individu bermain mercun menghala ke rumahnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam (9 April).
Insiden terbabit menyebabkan dua penghuni rumah alami kecederaan
Jelas Noor Ariffin, kejadian itu menyebabkan seorang wanita berumur 24 tahun cedera di bahagian pada manakala seorang lagi remaja lelaki berusia 19 tahun cedera di belakang telinga.
Susulan dari insiden itu, usaha pihak polis untuk memburu kesemua suspek yang terlibat masih giat diteruskan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 435/324 KK iaitu kianat dengan api atau benda letupan sehingga mendatangkan kecederaan.