fbpx
Now Reading
35 Tahun Tabur Bakti, DG Hisham Bakal Bersara 21 April Ini

35 Tahun Tabur Bakti, DG Hisham Bakal Bersara 21 April Ini

Difahamkan khidmat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bakal berakhir pada 21 April ini yang juga merupakan hari kelahirannya yang ke-60.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas 35 tahun menabur bakti dalam sektor kesihatan negara, khidmat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bakal berakhir pada 21 April ini.

Ianya berikutan ‘wira negara’ dalam menentang virus Covid-19 ini akan bersara wajib pada tarikh tersebut yang juga hari kelahirannya ke-60.

Berita mengenai persaraan beliau dikongsikan sendiri oleh laman Facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mesyuarat ini juga merupakan mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan selaku Pengerusi Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia sebelum bersara paksa pada 21 April 2023.

“Satu sesi khas telah diadakan sebagai penghargaan di atas segala jasa dan sumbangan beliau kepada Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia. Beliau turut menitipkan pesanan berikut ‘dalam bekerja kita hendaklah ikhlas, buat yang terbaik dan selanjutnya bertawakal,” tulis pengendali laman Facebook tersebut.

Mula kemudi KKM pada tahun 2013

Dr Hisham yang juga bapa kepada enam anak mula memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013.

Sepanjang tempoh hampir tiga dekad itu, beliau telah berdepan pelbagai cabaran termasuklah ketika negara dan seluruh dunia berhadapan Covid-19.

Bahkan sebelum itu beliau juga sudah mengharungi pelbagai wabak lain seperti Nipah, SARS, MERS-CoV, dan H1N1.

Kejayaan beliau dan pasukan kesihatan di bawah pimpinannya membuatkan Dr Noor Hisham diangkat sebagai wira rakyat.

Malah kewibawaan beliau menangani krisis Covid-19 membuatkan beliau dinamakan sebagai salah satu tiga doktor terbaik di dunia oleh China Global TV Network (CGTN).

Baca artikel berkaitan: Membanggakan! Dr Noor Hisham Disenaraikan Antara 3 Doktor Terbaik Di Dunia

Selain itu beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi World Health Organisation’s (WHO) Standing Committee on Health Emergency Prevention, Preparedness and Response (SCHEPPR) Disember 2022 yang lalu.

Tak sabar nak luang masa bersama keluarga

Memetik The Star, Dr Hisham mendedahkan beliau sudah tidak sabar untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.

“Persaraan adalah babak kehidupan seterusnya. Ia adalah perjalanan hidup. Saya akan menyeberangi satu jambatan pada satu masa,” katanya.

Ditanya sama ada tokoh kesihatan itu akan menikmati tempoh persaraannya, beliau yang cukup terkenal sebagai orang yang kuat bekerja berkata, “Biar saya bersara dahulu dan saya akan kongsi dengan anda pengalaman saya kemudian.”

Selamat bersara Dr Hisham dari kami di BuzzKini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.