fbpx
Now Reading
Gara-gara Main Mercun Buatan Sendiri, Lelaki Putus Tangan Kiri

Gara-gara Main Mercun Buatan Sendiri, Lelaki Putus Tangan Kiri

Siasatan pihak polis mendapati lelaki terbabit telah membancuh mercun buatan sendiri menggunakan mercun bola dan paip PVC.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki terpaksa menanggung kesakitan selepas putus tangan kiri dan sebahagian jari tangan kanan akibat bermain mercun buatan sendiri di Kampung Gong Pak Damat, Kuala Nerus pagi semalam (10 April).

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 3.30 pagi itu turut mencederakan beberapa bahagian badan lelaki terbabit.

Bancuh mercun sendiri guna mercun bola dan paip PVC

Kata Rohaimi, siasatan awal pihaknya mendapati lelaki berusia 27 tahun itu telah membancuh mercun buatan sendiri menggunakan mercun bola dan paip PVC.

“Mercun buatan sendiri berkenaan telah menyebabkan letupan besar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius.

“Tangan kiri putus hingga ke pergelangan, beberapa jari kanannya hancur manakala beberapa bahagian badan lain turut cedera,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya lagi, selepas insiden terbabit mangsa telah dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Polis sedang kesan pengedar dan penjual mercun bola terbabit

Berkongsi lanjut, Rohaimi berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 19957 manakala pengedar dan penjual mercun bola terbabit sedang dikesan.

“Ini kes kedua kecederaan akibat bermain mercun di negeri ini sepanjang bulan Ramadan ini,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah menjadi mangsa pertama akibat bermain mercun pada bulan Ramadan tahun ini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Polis Negara Nafi PDRM Jadi Dalang Seludup Mercun

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.