fbpx
Now Reading
Jual Nasi Bungkus Kepada Orang Tak Berpuasa, Dua Beranak Di Kelantan Kena Cekup
peniaga kantoi jual makanan dekat geng tak puasa

Jual Nasi Bungkus Kepada Orang Tak Berpuasa, Dua Beranak Di Kelantan Kena Cekup

Intipan JAHEIK selama seminggu akhirnya berakhir dengan penangkapan ibu dan anak tersebut yang merupakan peniaga nasi berlauk terkenal di Kelantan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Padah menjual makanan kepada orang yang tidak berpuasa dua beranak dicekup pihak berkuasa di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan pada hari ini (11 April)

Kedua beranak tersebut dipercayai menjual nasi bungkus secara bergerak dengan menggunakan kereta.

Ibu yang berumur kira-kira 50-an bersama anaknya yang berusia sekitar 20-an dicekup oleh Jabatan Hal Ehwal Agma Islam Negeri Kelantan (JAHEIK) dan Majlis perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada jam lebih kurang 9 pagi.

Kegiatan jual nasi bungkus sudah diintip selama seminggu

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEIK, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain intipan pada kegiatan tersebut telah dilakukan oleh pihaknya selama seminggu selepas menerima aduan mengenainya daripada orang awam sebelum bertindak menahan sebuah kenderaan Perodua Myvi yang dinaiki oleh dua individu pada pagi tadi.

Jelasnya, anak kepada wanita tersebut merupakan individu yang memandu kereta Myvi terbabit dan ibunya pula menjaja nasi bungkus di sekitar kawasan berkenaan.

“Semasa serbuan dijalankan, kita turut menahan dua lelaki yang merupakan pemandu lori berusia dalam lingkungan 40-an yang membeli nasi bungkus yang dijual oleh dua beranak itu.

“Selain itu, anggota penguat kuasa JAHEIK dan MPKB-BRI turut merampas nasi bungkus berlauk ayam dan ikan yang berada di dalam kereta tersebut,” ujarnya dipetik Kosmo.

Merupakan peniaga nasi berlauk terkenal di Kota Bharu

Kata beliau, hasil siasatan mendapati dua beranak terbabit merupakan peniaga nasi berlauk terkenal di Kota Bharu, Kelantan

Beritahunya lagi, suspek sebelum ini dipercayai turut menjalankan aktiviti tersebut bermula dari tahun lepas dan masih meneruskan kegiatan itu pada hari pertama bulan Ramadan tahun ini.

“Dua beranak itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 10 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 kerana tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjual makanan.

“Selain itu, dua pelanggan mereka pula disiasat mengikut Seksyen 54 enakmen sama kerana bersubahat tidak menghormati Ramadan,” maklumnya lagi.

Semua suspek dibebaskan dengan bon jaminan

Justeru itu, kesemua suspek kemudian ditahan dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 21 enakmen sama kerana melakukan tindakan tidak sopan bertentangan hukum syarak di tempat awam yang memperuntukkan hukuman denda RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-dua sekiranya disabit kesalahan.

Tambah beliau lagi, mereka dibebaskan dengan bon jamin serta diarahkan hadir ke Mahkamah Syariah dalam tempoh yang terdekat.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.