fbpx
Now Reading
Kenderaan Hampir Hancur, Pemandu Myvi Alami Patah Tangan Lepas Kemalangan Dengan Lori Di MRR2
Myvi hampir hancur pemandu cedera

Kenderaan Hampir Hancur, Pemandu Myvi Alami Patah Tangan Lepas Kemalangan Dengan Lori Di MRR2

Menurut Bomba, mangsa yang juga pemandu Perodua Myvi itu tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederaan patah tangan kiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki mengalami kecederaan patah tangan sebelah kiri selepas kereta perodua Myvi yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala ke Terminal Bersepadu Selatan pada semalam (10 April).

Kemalangan yang berlaku sekitar tengah hari semalam itu, turut menyebabkan kereta Perodua Myvi hampir hancur.

Bomba terima panggilan kecemasan sebelum hantar dua jentera FRT dan EMRS

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata maklumat berhubung kemalangan tersebut telah diterima pihaknya menerusi panggilan kecemasan pada jam 12.32 tengah hari.

Jelasnya, sebanyak dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama 15 anggota dari Balai Bomba dan penyelamat (BPP) Sungai Besi dan BPP Bandar Tun Razak yang dihantar ke lokasi kemalangan tersebut.

“Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd. Fakhrudy Syakirin Mamat, kemalangan jalan raya tersebut melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta Perodua Myvi dan sebuah lori.

“Terdapat seorang mangsa lelaki dewasa tersepit di bahagian pemandu kereta jenis Perodua Myvi. Mangsa mengalami patah tangan kiri,” jelasnya dipetik Kosmo.

Katanya lagi, pemandu itu juga berjaya dikeluarkan pada jam 1.11 petang dan kemudian dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras bagi mendapatkan rawatan lanjut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.