fbpx
Now Reading
Anak Mangsa Nahas Double Six Persoal Kenapa Laporan Siasatan Hanya Dikeluarkan Selepas 47 Tahun

Anak Mangsa Nahas Double Six Persoal Kenapa Laporan Siasatan Hanya Dikeluarkan Selepas 47 Tahun

Menurut anak mangsa, berkemungkinan besar pihaknya akan membuat tuntutan agar kerajaan tampil dengan laporan terperinci mengenai tragedi berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setelah hampir 47 tahun peristiwa hitam pesawat Sabah Air terhempas sehingga menyebabkan 11 orang terbunuh termasuk Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens dirahsiakan, kini ia mula didedahkan secara terbuka kepada orang ramai.

Laporan lengkap hasil siasatan mengenai nahas pesawat Double Six itu boleh diakses menerusi laman web Kementerian Pengangkutan bermula semalam (12 April).

Anak mangsa tragedi persoal, kenapa baru dikeluarkan sekarang

Pun begitu, anak lelaki kepada salah seorang mangsa tragedi, Iskandar Sulong mempersoalkan kenapa laporan hasil siasatan nahas terbabit dikeluarkan selepas disimpan dalam tempoh yang begitu lama.

Menurutnya, seperti majoriti waris keluarga yang lain, dia juga tidak berpuas hati dengan hasil laporan yang diberikan itu.

“Saya cuma rasa tidak puas hati kenapa mereka (pihak bertanggungjawab) tidak beritahu sebab sebenarnya sejak awal lagi. Waktu kejadian saya berumur lima tahun, sekarang saya berumur 52 tahun.

“Sejak saya kecil, fikiran saya terganggu (disebabkan tragedi Double Six). Tambahan pula, saya cenderung untuk menunggu hasil laporan dilepaskan dari Kerajaan Australia,” katanya ketika dihubungi BH, semalam (12 April).

Pada masa yang sama, ahli keluarganya yang lain turut mempunyai pandangan sama berhubung laporan hasil siasatan tragedi Double Six itu, kata Iskandar.

Ahli keluarga mungkin akan buat tuntutan, mohon kerajaan beri laporan terperinci

Selain itu, Iskandar juga memaklumkan berkemungkinan besar pihaknya akan membuat tuntutan agar kerajaan tampil dengan laporan terperinci mengenai tragedi berkenaan.

Untuk info, Iskandar Sulong merupakan anak bongsu kepada Menteri Kewangan Sabah pada ketika itu iaitu Datuk Salleh Sulong.

Hasil laporan dapati tiada sebarang bukti sabotaj

Terdahulu, menurut laporan hasil siasatan tragedi Double Six, tiada sebarang bukti sabotaj, kebakaran mahupun letupan yang telah ditemui oleh pasukan penyiasat

Selain itu tiada bukti yang mengesahkan ada kerosakan sebelum nahas atau enjin pesawat menjadi faktor berlakunya kemalangan.

Sebaliknya pesawat terbabit dilaporkan telah hilang kawalan sewaktu juruterbang ingin mendaratkan kapal terbang jenis GAF Nomad N22B itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.