Ibu Dalam Pantang 36 Hari Ditemui Maut Dengan Kesan Tikaman Di Leher

Seorang ibu yang masih berada dalam tempoh berpantang dijumpai mati dengan kesan tikaman pada bahagian leher di dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Beris Panchor, Bachok pada petang semalam (12 April).

Difahamkan, kejadian hanya disedari oleh adiknya iaitu Wan Muhamad Nasri Wan Mahadi sekitar pukul 6.00 petang selepas mendapati kakaknya yang berusia 35 tahun itu mengunci pintu bilik dari dalam.

Muhamad Nasri berkata, susulan itu dia terus mengambil tangga untuk menjenguk kakaknya yang berada di dalam bilik.

Adik terkejut tengok kakak berlumuran darah, pisau terpacak di leher

Bagaimanapun, dia terkejut selepas melihat wanita itu sudah berada dalam keadaan berlumuran darah dan tanpa berfikir panjang lelaki berusia 23 tahun itu terus memecahkan pintu bilik berkenaan sebelum melihat sebilah pisau terpacak di leher kakaknya.

“Ketika itu, ibu saya sedang mendukung anak kakak yang baru berusia 36 hari. Kami berdua terkejut apabila melihat keadaan kakak yang sudah berlumuran darah,” katanya dipetik dari Kosmo.

Ibu sempat tengok mangsa ambil pisau di dapur dan bawa masuk bilik

Sementara itu, ibu mangsa Zuraizah Mat, 58, berkata dia sempat melihat anak perempuannya itu mengambil pisau di dapur dan masuk ke dalam biliknya.

Menurutnya, arwah dikatakan sedang berbual dengan suaminya yang bertugas di Kedah menerusi panggilan telefon sebelum kejadian itu berlaku.

“Selepas bercakap dengan suami, dia tiba-tiba senyap. Saya hairan dengan situasi itu sebelum meminta Wan Muhamad Nasri memeriksa keadaan kakaknya.

“Selepas pintu bilik dipecah, saya terus mencabut pisau sepanjang 16 sentimeter yang berada di lehernya sebelum menghubungi Klinik Kesihatan Beris. Kebetulan pula, kereta peronda polis lalu di hadapan rumah ketika itu,” kata ibunya.

Tidak mengalami sebarang masalah kesihatan lepas bersalin

Ujar Zuraizah, anak perempuannya itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan selepas bersalin malah sempat membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian pada pagi hari kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan kejadian itu dan siasatab lanjut sedang dijalankan.

Menurut Mohamad Ismail, mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu untuk proses bedah siasat.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

8 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

8 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

8 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

10 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

11 hours ago