fbpx
Now Reading
Rangka Mayat Wanita 25 Tahun Ditemui Berulat Dalam Beg Di Kulai

Rangka Mayat Wanita 25 Tahun Ditemui Berulat Dalam Beg Di Kulai

Menurut Ketua Polis Kulai, wanita terbabit dipercayai telah dibunuh lebih dua minggu lalu dan punca kematian mangsa masih dalam siasatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki menemui rangka mayat wanita berusia 25 tahun yang dipercayai mati dibunuh di dalam sebuah beg yang ditinggalkan di sebuah hentian bas berhampiran Hospital Kulai, Johor pada Rabu lalu (12 April).

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat itu pada pukul 1.50 petang hari yang sama.

Rangka mayat 50% mereput dan ada ulat ‘maggot’

Menurutnya, pihak polis yang datang ke tempat kejadian mendapati rangkat mayat tersebut sudahpun mereput lebih daripada 50% dan telah mempunyai ulat ‘maggot’.

“Polis menerima panggilan telefon seorang lelaki memaklumkan terdapat satu beg berisi mayat dijumpai. Rangka mayat itu kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati, jantina mayat berkenaan adalah seorang wanita berusia anggaran 25 tahun, dengan terdapat kesan kecederaan di bawah kulit bahagian kepala,” katanya.

Mangsa dipercayai telah dibunuh lebih 2 minggu

Menurutnya lagi, wanita terbabit dipercayai telah dibunuh lebih dua minggu lalu dan punca kematian mangsa masih dalam siasatan.

Dalam masa yang sama, Tok Beng berkata siasatan mengenai kejadian berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Sivachandran di talian 016-2850204.”

Ketua Polis Daerah Kulai, Tok Beng Yeow
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.