fbpx
Polis bagi amaran individu main bunga apo lebih 12 malam boleh dikenakan tindakan

Main Mercun Selepas 12 Malam Boleh Kena Tindakan – PDRM

Menurut PDRM, tindakan yang boleh dikenakan kepada mereka yang bermain bunga api melebih jam 12 tengah malam adalah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali tibanya perayaan pasti ramai rakyat di negara ini khususnya kanak-kanak yang tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikannya dengan bermain bunga api.

Namun aktiviti yang menyeronokkan ini, boleh bertukar menjadi gangguan disebabkan tindakan segelintir pihak yang asyik bermain sehingga melebihi waktu sepatutnya.

Perkara ini secara tidak langsung boleh mengundang rasa kurang senang di kalangan penduduk di kawasan berhampiran.

Boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336]

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberi amaran kepada individu yang bermain bunga api melebih waktu jam 12 tengah malam, di mana mereka berkemungkinan boleh berdepan dengan tindakan mengikut Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 [Akta 336].

Kesalahan tersebut memperuntukkan denda tidak lebih RM100 atau tindakan tegas.

Bunga api perlu dimain di kawasan lapang dan tidak menganggu ketenteraman awam

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin menyatakan bunga api adalah sejenis bahan letupan yang termasuk dalam kategori Dangerous Good Cargo (DGC) dan Hazard Class Division (HCD) 1.4g.

“Bermain bunga api hendaklah membakarnya di kawasan lapang agar tidak menganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat.

“Bermain bunga api melebihi pukul 12 tengah malam yang mendatangkan gangguan atau bahaya kepada orang lain juga merupakan satu kesalahan di mana tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan kecil 1955 [Akta 336].

“Tindakan lebih tegas pula sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat untuk menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” jelasnya dipetik Kosmo.

Kata beliau lagi kesemua masyarakat khususnya ibu bapa perlu diingatkan untuk mengawasi anak-anak sewaktu bermain bunga api, bertanggungjawab dan melakukan langkah-langkah keselamatan ketika bermain di dalam apa jua jenis sambutan perayaan.

Terdahulu, polis memburu sekumpulan individu di Gombak kerana ‘menyerang’ sebuah rumah dengan menggunakan mercun.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.