Pemandu Lori Diberkas Polis Selepas Tular Bakar Mercun Di Lebuhraya MRR2 [Video]

Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang lelaki membuat aksi berbahaya dengan membakar mercun di tepi Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang dipenuhi kenderaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata, susulan penularan video tular tersebut pihaknya telah berjaya memberkas lelaki terbabit yang juga seorang pemandu lori pada Sabtu lalu (15 April).

Menurutnya, suspek yang berumur 35 tahun itu diberkas sekitar jam 10.00 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Bakar mercun sebab pelanggan minta

Jelas Mohamad Farouk, individu tersebut bertindak demikian kerana diminta oleh pelanggan di kedai rakannya.

“Suspek dipercayai membakar mercun jenis cake (138) kerana diminta oleh pelanggan premis milik rakannya.

“Aksi suspek itu dirakam sebelum dimuat naik menerusi Facebook dan menjadi tular serta kemudiannya dikesan oleh pihak polis,” katanya.

Jelas Mohamad Farouk lagi, hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif selain tiada rekod jenayah.

“Suspek direman empat hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Kes disiasat bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya lagi.

Tular lelaki bakar mercun atas lebuh raya dikecam ramai

Terdahulu, menerusi perkongsian video di laman Facebook Inforoadblock, kelihatan seorang lelaki bertindak membakar mercun jenis ‘cake’ atau popular dengan gelaran ‘Mercun Merdeka’ di atas lebuh raya MMR2 pada Jumaat lalu (14 April).

Susulan video tular tersebut, rata-rata pengguna media social mengecam tindakan lelaki terbabit selain menyifatkan perbuatannya itu sebagai kurang bijak kerana membahayakan keselamatan pengguna lebuh raya berkenaan.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

11 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago