fbpx
Now Reading
Masalah Brek Dipercayai Punca Lori Pasir Langgar 8 Kenderaan Di Rawang

Masalah Brek Dipercayai Punca Lori Pasir Langgar 8 Kenderaan Di Rawang

Bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam insiden terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1647914679027798016?s=20

Semalam, tular beberapa hantaran gambar dan video satu kemalangan yang melibatkan sebuah lori dan lapan buah kenderaan lain.

Pengarah Bomba Selangor, Morni Mamat berkata masalah sistem brek pada lori dipercayai punca dalam kejadian yang berlaku di Rawang Mutiara Business Centre pada petang semalam itu (17 April).

Menurut Morni, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 3.47 petang.

Anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian sejurus terima panggilan

Ujarnya, selepas itu sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, kita dapati kemalangan berlaku melibatkan lapan kenderaan dengan sebuah lori pasir di hentian lampu isyarat.

“Lori tersebut dipercayai mengalami kegagalan sistem brek sebelum mengundur secara perlahan dan melanggar kenderaan di belakang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tiada mangsa yang cedera dalam kemalangan

Berkongsi lanjut, Morni berkata bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan dalam insiden terbabit.

“Semua mangsa dalam kenderaan didapati sempat menyelamatkan diri setelah menyedari perkara berkenaan,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak juga mengesahkan telah menerima lapotan berhubung kemalangan berkenaan.

Video selepas kemalangan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.