fbpx
Now Reading
Polis Buka Kertas Siasatan Dua Gerai Mercun Terbakar, Satu Di Chow Kit & Satu Di N9
gerai jual mercun terbakar

Polis Buka Kertas Siasatan Dua Gerai Mercun Terbakar, Satu Di Chow Kit & Satu Di N9

Menurut PDRM, gerai jualan bunga api dan mercun di Chow Kit itu tidak mempunyai lesen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan sebuah gerai yang dipercayai menjual mercun terbakar.

Menerusi video berkenaan kelihatan orang ramai sedang cuba memadamkan api di gerai berkenaan dan beberapa jenis bunga api bertaburan di atas jalan raya serta terdapat juga yang meletup.

Gerai jual bunga api dan mercun terbakar, polis buka kertas siasatan

Susulan dari video tersebut, satu kertas siasatantelah dibuka dan lokasi kejadian disahkan di di tepi Jalan Raja Bot Chow Kit, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya laporan berhubung kebakaran tersebut telah diterimanya pada jam 3.43 petang, semalam (17 April).

Berdasarkan siasatan awal yang dilakukan mendapati insiden terbakar itu terjadi pada jam 10.50 malam dan gerai berkenaan tidak mempunyai lesen.

“Justeru, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan sedang berjalan di mana individu yang terlibat dikenal pasti dan akan diambil keterangan serta tindakan lanjut,” ujarnya dipetik Kosmo.

Kejadian sama turut berlaku di Negeri Sembilan

Dalam pada itu, polis turut membuka satu lagi kertas siasatan selepas tular satu lagi insiden kebakaran kedai jual mercun yang meletup di hadapan sebuah premis menjual telefon pintar.

Memetik Harian Metro Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir memaklumkan insiden tersebut tular menerusi aplikasi TikTok Oh Bulan yang dikatakan berlaku di Alor Setar Kedah pada 16 April.

Namun menerusi siasatan yang dibuat insiden berkenaan tidak berlaku di daerah terbabit sebaliknya di kawasan pentadbiran Balai Polis Bahau, Negeri Sembilan.

“Kes disiasat mengukut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan/ Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali atau denda tidak melebihi satu tahu atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.