fbpx
Now Reading
Wanita Didakwa Curi Wang Ibu Saudara, Siap Beli iPhone 14 Pro Mengaku Tidak Bersalah

Wanita Didakwa Curi Wang Ibu Saudara, Siap Beli iPhone 14 Pro Mengaku Tidak Bersalah

Nur Humaira Shanuk Haziki, 21, yang berdepan dua tuduhan bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadia Othman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita yang tular di media sosial kerana disyaki mencuri dan menggunakan wang milik ibu saudara tirinya untuk ‘berjoli’ dan membeli telefon pintar jenis iPhone 14 Pro dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam (19 April) atas dua pertuduhan tersebut.

Nur Humaira Shanuk Haziki, 21, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nadia Othman.

Mengikut pertuduhan, Nur Humaira seorang penganggur didakwa mencuri kad debit milik ibu saudara tirinya, Nor Farah Hanim Mohd Alias, 26, dan mengeluarkan wang berjumlah RM8,200 tanpa pengetahuan wanita itu.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Regalia Residence, Chow Kit pada 23 dan 24 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Jenayah Komputer 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(3) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM150,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan pula, dia didakwa dengan curangnya menyalahgunakan wang RM8,200 milik ibu saudaranya itu yang dikeluarkan dari akaun bank RHB juga tanpa pengetahuan mangsa pada tempat dan tarikh yang sama.

Sehubungan itu dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Dibenar ikat jamin RM4,000, sebutan kes pada 18 Mei

Tertuduh ketika membuat rayuan memohon supaya dibenarkan ikat jamin dengan jumlah paling rendah.

Dia turut memberitahu mahkamah bahawa seorang bapa saudaranya akan hadir sebagai penjamin.

Mahkamah kemudian membenarkan Nur Humaira diikat jamin RM4,000 dengan dua orang penjamin selain syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret turut menetapkan 18 Mei depan untuk sebutan kes.

Terdahulu BuzzKini melaporkan tertuduh telah ditahan di Pandan Perdana pada 14 April jam 12.25 tengah malam.

Sewaktu penahanan, polis turut menemui kad ATM milik mangsa, selain merampas peranti iPhone 14 Pro dipercayai dibeli menggunakan wang dicuri selepas ibu saudaranya membuat laporan polis.

Kisahnya turut tular selepas mangsa dan seorang rakannya membuat luahan di media sosial memohon bantuan orang ramai untuk mengesan suspek.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.