fbpx

Hari Raya Aidilfitri 2023 Disambut Sabtu, 22 April

Pengisytiharan tarikh 1 Syawal 2023 tersebut disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen dan di media sosial sekitar jam 8 malam tadi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri 2023 (1444H) pada Sabtu, 22 April.

Pengisytiharan tarikh 1 Syawal tersebut disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen dan di media sosial sekitar jam 8 malam tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya.

Pengumuman ini dilakukan selepas aktiviti cerapan anak bulan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi.

Sebagai info umat Islam di seluruh Malaysia mula menyambut Ramadan pada 23 Mac 2023 lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.