fbpx
Now Reading
Boy Iman Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Tipu Penjualan Tapak Karnival Hooray X Fest Raya

Boy Iman Didakwa Di Mahkamah Atas Tuduhan Tipu Penjualan Tapak Karnival Hooray X Fest Raya

Boy Iman dan tiga lagi tertuduh bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abdul Halim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Usahawan dan pelakon, Boy Iman hari ini (25 April) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menipu berhubung penganjuran festival beli-belah Hooray X Fest Raya, minggu lalu.

Selain Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman, tiga lagi individu iaitu Norazah Sahud, 51; Norzana Rapie, 51; dan Nor Azmi Jantan, 49; turut berdepan pertuduhan sama.

Keempat-empat mereka bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abdul Halim.

Mengikut kertas pertuduhan, semua kesemua mereka didakwa menipu seorang wanita, Siti Wardina Basir dalam urusan penyewaan tapak karnival Aidifitri Hooray X Fest di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM1,500.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Boy Iman dan tiga yang lain di WTC pada 19 April lalu sekitar jam 2.34 pagi.

Sehubungan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebat serta boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Noraisyah Mohamed Zanyuin menawarkan jaminan RM5,000 kepada setiap tertuduh.

Peguam bela, Mohamad Syakir Mohamad Fawzi yang mewakili Boy Iman dan Nor Azmi bagaimanapun memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan kedua-dua tertuduh menanggung keluarga masing-masing.

Permohonan sama turut dilakukan peguam, Ernest Azad yang mewakili Norazah dan Norzana.

Noorelynna kemudian membenarkan semua tertuduh masing-masing dijamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Beliau dalam masa sama turut memerintahkan tertuduh untuk menyerahkan pasport kepada mahkamah sebelum menetapkan 13 Jun sebagai sebutan kes bagi penyerahan dokumen.

Terdahulu BuzzKini melaporkan karnival sempena raya, ‘Aidifltri Hooray X Fest’ yang sepatutnya bermula Selasa lalu di WTC dibatalkan di saat akhir akibat penaja utama menarik diri.

Ia menyebabkan vendor kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Boy Iman kemudiannya tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia menipu para peniaga terlibat.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.