fbpx
Now Reading
Polis Gesa Wanita Tular Halang Kereta Di Lampu Isyarat Tampil Buat Laporan

Polis Gesa Wanita Tular Halang Kereta Di Lampu Isyarat Tampil Buat Laporan

Menurut Ketua Polis Port Dickson, perbuatan dan tingkah laku wanita terbabit boleh membahayakan diri sendiri dan mendatangkan kerisauan terhadap orang awam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan seorang wanita menghalang sebuah kereta yang sedang bergerak di persimpangan lampu isyarat di Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Susulan dari penularan video itu, pihak polis meminta agar wanita terbabit tampil membuat laporan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Muhamad Mustafah Hussin, video tular yang dimuat naik di laman Twitter akaun @bckupacc99 itu berlaku pada 9.43 pagi Ahad (23 April).

Perbuatan wanita terbabit membahayakan diri sendiri

Kata Muhamad Mustafah, tindakan yang dilakukan oleh wanita terbabit boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya sendiri dan kerisauan terhadap orang awam.

“Setakat ini, pihak polis masih belum menerima apa-apa laporan polis yang dibuat daripada Individu berkenaan berhubung dengan Insiden yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad lalu (23 April).

Polis minta wanita terbabit tampil buat laporan

Menurutnya lagi, pihak polis meminta wanita terbabit agar tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membuat laporan.

Berkongsi lanjut, Mustafa berkata penyebaran video sedemikian adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis amat berharap individu ini segera menghubungi polis agar isu itu dapat diselesaikan segera.

“Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan seperti yang ditularkan di media sosial,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.