fbpx
Now Reading
Rumah Terbuka PM Anwar Di 6 Negeri Ada Kaitan Dengan PRN – Penganalisis

Rumah Terbuka PM Anwar Di 6 Negeri Ada Kaitan Dengan PRN – Penganalisis

Menurut seorang penganalisis iaitu Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia, acara tersebut adalah untuk memenangi hati pengundi atas pagar dan pengundi muda.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menganjurkan Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilftiri bermula di antara 29 April hingga 14 Mei depan.

Apa yang mencuri tumpuan, Rumah Terbuka kali ini yang dinamakan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya apabila bakal diadakan di enam negeri, berbanding di Seri Perdana atau sekitar Putrajaya.

Ironinya, keenam-enam negeri tersebut adalah negeri yang bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat iaitu:

  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Negeri Sembilan
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Selangor

Sehubungan itu ahli politik pembangkang mula menyifatkan ia hanyalah satu strategi politik kerajaan dalam menawan hati penduduk tempatan.

Ia bagaimanapun disangkal Anwar dan beberapa ahli Kabinet seperti Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu yang menyifatkannya hanyalah cara untuk mendekati rakyat.

Usaha untuk tambat hati pengundi atas pagar dan pengundi muda

Terbaharu beberapa penganalisis berpendapat penganjuran Rumah Terbuka di enam negeri adalah untuk meraih sokongan bagi PRN.

Menurut Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia, acara tersebut adalah untuk memenangi hati pengundi atas pagar dan pengundi muda.

“Sewaktu pilihan raya sebelum ini, kita melihat ramai anak muda tidak memihak kepada Anwar.

“Namun, selepas beberapa acara bersama orang ramai yang telah dihadiri Anwar, sokongan dalam kalangan anak muda terhadap beliau semakin meningkat,” kata Mazlan dipetik dari FMT.

Perkara sama turut dipersetujui James Chin dari University of Tasmania yang merasakan penganjuran rumah terbuka di negeri-negeri yang akan mengadakan PRN adalah untuk memenangi hati pengundi.

“Kita hanya boleh tunggu dan lihat sama ada ianya akan membantu beliau (Anwar) meraih undi tambahan,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Nor bahawa rumah terbuka itu hanyalah satu ‘kempen pilihan raya’, Chin berkata, idea pemimpin dari kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka Hari Raya telah dipraktikkan selama bertahun-tahun.

Malah dia percaya Saanusi juga tidak patut mengeluh kerana dia MB Kedah itu sendiri ada melakukannya sebelum ini.

“Berkemungkinan beliau (Sanusi) hanya tidak senang dengan tindakan Anwar yang mengadakannya di negeri di bawah kepimpinan PAS,” katanya.

Bagi Oh Ei Sun dari Singapore Institute of International Affairs pula, meskipun penganjuran rumah terbuka di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang adalah satu langkah politik, ia tidak mungkin dapat mempengaruhi terlalu ramai pengundi.

“Mungkin ada keperluan untuk memperlihatkan sedikit persaingan di kalangan penyokong Perikatan Nasional di kubu kuat mereka.

“Saya merasakan ia akan kurang menarik minat pengundi, tetapi anda perlu melakukan sesuatu,” kata Ei Sun.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.